Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Abidullah, Bathmavathi Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR - Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abidullah Salleh hari...

MUDA Cerminan Agenda Politik...

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Mark Zuckerberg Ambil Cuti...

PENGASAS Facebook, Mark Zuckerberg mengambil cuti dua bulan bagi menyambut kelahiran anak perempuannya...

Video: Taylor Swift Tergamam,...

PENYANYI popular Hollywood, Taylor Swift menghadapi detik mengejutkan ketika membuat persembahan selepas kakinya...

UTeM Nafi Video Tular Paip Rosak Isu Baharu

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hari ini menafikan video yang tular berhubung kerosakan paip bekalan air di kolej Kediaman Satria sebagai isu baharu.

Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti) UTeM, Prof Dr Mohd Ridzuan Nordin berkata berita yang ditular itu merupakan isu lama dan ia berjaya diselesaikan sepenuhnya oleh pihak universiti.

“Video yang menjadi tular itu berlaku pada 27 Oktober 2017 berpunca daripada sambungan paip utama yang tertanggal akibat tekanan pam air yang tinggi di dua unit kediaman dan berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam selepas menerima laporan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan UTeM, Dr Mohd Rayme Anang Maskuri berkata kerosakan tersebut tidak menjejaskan kekuatan dan integriti bangunan serta kelengkapan peralatan elektrikal di kolej kediaman berkenaan.

Katanya secara keseluruhan pihak UTeM mengambil tindakan segera berhubung kejadian tersebut dan melaporkan perkara itu kepada Lembaga Pengarah Universiti dan Kementerian Pendidikan Tinggi. – BERNAMA

Kategori