Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Unjuran Korban COVID-19 Di...

WASHINGTON - Amerika Syarikat berdepan dua unjuran senario angka korban akibat COVID-19 iaitu...

TV3 Minta Maaf Pada...

KUALA LUMPUR - TV3 meminta maaf kepada Timbalan Menteri Pendidikan dan penonton Buletin...

Tanah Runtuh Di Jawa...

Para penyelamat yang kini sedang berusaha mencari lebih 80 orang yang masih hilang...

Umat Islam Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Khamis ini, demikian...

Video: 4 Sekawan Rakam Detik Kematian ‘Dihujani’ Peluru

RIO DE JANEIRO – Empat sekawan rakam detik kematian mereka ditembak helikopter polis ketika bersiaran langsung di Facebook (FB) Live.

Lapor Dailymirror, rakaman menggerikan itu menunjukkan bagaimana polis menyasarkan kumpulan itu ketika operasi membanteras pengedaran dadah.

Menerusi rakaman, salah seorang daripada kumpulan remaja itu menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam aksi rakan-rakannya yang dilihat ketawa dan berjenaka dengan berlatar belakangkan muzik yang kuat.

Beberapa detik kemudian, bunyi tembakan kedengaran walaupun pada awalnya mereka tidak kelihatan risau dengan bunyi itu. Namun tiba-tiba muzik terpadam dan kedengaran bunyi tembakan bertalu-talu.

Telefon yang merakamkan aksi mereka kemudiannya terjatuh ke lantai, manakala bunyi tembakan masih berterusan.

Dipercayai, tiga daripada empat remaja itu maut di lokasi, sementara seorang lagi dilaporkan cedera parah.


Kumpulan remaja itu difahamkan terbabit mengedar dadah di bandar yang dikenali antara kartel dadah terbesar di dunia itu.

Pihak polis bagaimanapun kemudiannya menerima pujian daripada netizen selepas video itu tersebar di internet.

“Pengedar dadah sila pergi berambus ke neraka, hidup pasukan polis,” kata seorang netizen.

Bagaimanapun, tindakan polis yang terus melepaskan tembakan ke atas suspek turut dipersoalkan kerana tidak melakukan prosedur penangkapan terlebih dahulu. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori