JAKARTA – Seorang guru lelaki dirakam membelasah seorang murid secara bertubi-tubi dalam kejadian di sebuah sekolah di daerah Warga Kota, Bogor, di sini.
Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada minggu lalu itu, mangsa mengalami kecederaan teruk di beberapa bahagian badan termasuk bengkak pada bahagian muka akibat dibelasah guru lelaki terbabit.
Rakaman berdurasi 37 saat yang turut tular di media sosial Malaysia itu menunjukkan guru itu secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam kelas dan terus ‘menghayun’ kepala mangsa.
Mangsa yang sedang duduk di atas kerusi itu dilihat tidak terdaya melakukan apa-apa dan hanya mampu menahan pukulan guru terbabit.
Bagaimanapun, datang seorang murid lain cuba meredakan keadaan. Malangnya pelajar berkenaan pula ditolak ke bahagian penjuru kelas di bahagian depan, sebelum dipukul guru terbabit.
Guru itu kemudian kembali mendapatkan mangsa dan menariknya keluar dari tempat duduk dan menendang perut mangsa dengan lututnya berkali-kali.
Mangsa cuba melarikan diri namun gagal berbuat demikian apabila guru itu menarik bajunya dan memukulnya kembali.
Di penghujung rakaman, mangsa akhirnya berjaya melarikan diri keluar dari kelas namun guru terbabit juga turut bertindak mengejarnya.
Dalam laporan portal Tribunnews, guru lelaki terbabit dipercayai berang dengan tindakan mangsa yang bercinta dan merosakkan masa depan anak perempuannya, membuatkan lelaki itu menyerang mangsa ketika di dalam kelas. – MYNEWSHUB.CC
UNTUK VIRAL PRODUK – HUBUNGI FIZA – 013- 844 1203