Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Mak Nyah Berwajah ‘Down Syndrome’

Pada tafsiran anda, kecantikan itu bagaimana? Adakah melalui sepasang mata yang selalu beri...

Terengganu Ambil Positif Agenda...

DUNGUN - Kerajaan negeri memandang positif usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memberi...

Kenyataan SPR Syarat Tambahan...

KUALA LUMPUR – Berikut adalah kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikeluarkan hari...

Jerebu: Kualiti Udara Pekanbaru...

TIAP kali berasa ketat dada, sakit kerongkong dan gatal-gatal mata bila berada di...

Warga Emas Antara Korban Terkini Banjir P. Pinang

GEORGETOWN – Dua warga emas jadi korban terkini banjir kilat dan cuaca buruk di Pulau Pinang, menjadikan angka kematian di negeri itu meningkat kepada 7 orang setakat ini.

Kedua-dua mangsa ditemui lemas di dalam rumah mereka di dua lokasi berasingan.

Mangsa pertama merupakan seorang warga emas berjantina perempuan yang berusia 80 tahun yang ditemui pada jam 6.30 petang sebentar tadi di sebuah rumah orang-orang tua di Jalan P. Ramlee.

Seorang lagi warga emas lelaki berusia sekitar 70-an ditemui mati dipercayai akibat lemas selepas terperangkap dalam banjir di rumahnya di Jalan Shaik Madar, Ayer Itam, di sini, tengah hari tadi.

Pada kira-kira jam 8.30 pagi tadi, seorang lagi warga emas lelaki turut ditemui mati dalam keadaan terapung di rumahnya di Kampung Masjid Jalan Perak, lapor Astro Awani.


Setakat ini, tujuh kematian termasuk seorang lelaki warga Bangladesh yang maut akibat dihempap pokok tumbang di Kampung Perlis, Butterworth pagi tadi telah disahkan.

Terdahulu, tiga mangsa warga emas bernama Lau Guek Jee, 64, Amanullah Shabib Kalandir, 75 dan Chew Eng Lean, 78, turut ditemui mati dipercayai lemas ketika banjir di daerah ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori