PERKAHWINAN pasangan selebriti media sosial Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad masih lagi menjadi buah mulut para netizen yang sememangnya mahu melihat mereka disatukan.
Sebelum ini, pasangan ini pernah mencetuskan ‘fenomena’ apabila video sambutan hari lahir Aina yang serba mewah siap berlimousin menjadi tular di media sosial.
Hafiz yang juga merupakan seorang usahawan muda turut mendapat perhatian kerana sering memanjakan Aina dengan kemewahan seperti kereta Honda Civic untuk hadiah hari lahirnya tahun ini, sambutan hari jadi di atas kapal layar dan iPhone 7, semuanya dipampangkan secara nyata di Instagram!
Dah kekasih pun model Muslimah terkenal dan cantik manis pula tu, siapa tak sayang kan?
BACA:Â Layan Kekasih Bak Princess, Hafiz Mahamad Trending
BACA: Lepas Limo, Kini Kapal Mewah Pula… Suprise Hafiz Tular!
Namun, dalam kebahagiaan pasangan ini melayari hari-hari pertama sebagai suami isteri, ada pula suara-suara sumbang yang tidak senang dengan majlis perkahwinan mereka.
Bermula dengan satu video yang dimuat naik oleh Aina.
Mungkin mengungkit kembali kisah Aina dan Hafiz yang mesra sejak masih bergelar kekasih dahulu, @adaaazman meninggalkan komen negatif yang agak tidak ‘seswai’ dilemparkan kepada orang yang dia tidak kenali di luar media sosial.
“@adaaazman: @syafiqahaina dlu dia sebelum kahwin pegang2 peluk2 boleh pulak. Ni lepas dah kahwin baru nk pasal halal haram. Sebelum kahwin dlu takde pun nak cakap pasal halal haram sweet2 tu? “
Dalam video itu, Aina dan Hafiz dilihat berdakapan erat sambil berpandangan romantis antara satu sama lain.
Biar lah, orang dah sah jadi suami isteri kan?
Dalam pada itu, seorang lagi netizen yang gigih mempertahankan pasangan tersebut dengan membidas kembali kata-kata ‘mak cik bawang junior’ itu.
“@aaaaaimii: @syafiqahaina kak aina dont worry dia jealous dengan kebahagiaan kak aina dngn abg apiz sebab dia seumur hidup tak pernah nak merasa kebahagiaan mcm ni love you kak aina so happy for you and apiz“
“@aaaaaimii: @adaaazman aq bersyukur sangat ada manusia mcm kau dalam dunia ni. Aina dngn apiz pegang2 peluk2 dulu dosa diorang. Tp sekarang bila kau kutuk diorang. Kau yang kurangkan dosa diorang”
“@aaaaaimii: @adaaazman mulut puaka patutla kecam kebahagiaan orang. mulut puaka sebab tu jugakla takde orang nak“
Belum selesai satu isu, hari ini baju resepsi yang dipakai oleh Aina turut menjadi sasaran netizen yang tidak beradab.
Meskipun kelihatan anggun dengan persalinan berwarna merah jambu yang dihiasi taburan bunga fabrik dan manik, namun ada juga yang tak senang duduk melihat baju kahwin Aina!
“@nurulelya_mua: @noranisibrahim cantik… tp macam costume perarakan pesta bunga.. too much… tp cantik… color cun- cuting cun- only thing those bunga kacau skit.. skit jaaaa but still kacau..”
“@classy_gurl89: @skarlettdee agreed on you. Kalo tgk semua baju2 dr akad nikah till sanding. All too crowded. Kembang2, bunga2 bersepah. N fashion peplum. Decoration dewan, especially plmin full with flowers, nmpk mahal, tp ble bju terlmpau over. Hilang mahal mjlis tu. Nmpk mcm ambil package mak andam kg. Sorry to say. Honest opinion.”
“@skarlettdee: Congratulations! You are beautiful, but in a wrong dress. Less is more. Keep it simple. This dress is way too OTT . Too much embellishments on a petite person like you :(“
Masalahnya, ada sesiapa tanya pendapat korang ke yang nak negatif sangat tu?
Sementara itu, Hafiz turut memuat naik sebuah gambarnya seorang berserta kapsyen yang menyatakan kemeriahan sesebuah majlis bukanlah bergantung kepada nilainya, tetapi kebahagiaan yang jelas terpancar di wajah pengantin.
Namun, entri ini juga tidak terlepas daripada kecaman.
Seorang pengguna Instagram sibuk memukul canang bahawa baju yang dipakai oleh Hafiz adalah sama seperti yang dipakai oleh suaminya semasa majlis persandingan mereka, sehingga melarat-larat ke akaun Hafiz pula dia gigih tinggalkan komen.
Malah, netizen bernama @erkazainal itu turut menyatakan baju yang dipakai Hafiz itu masih berbau seperti peluh suaminya!
“@sofieyara3922: @erkazainal hai banyak betol ko gigih komen sana sini nk bgtau ni baju laki ko pernah pakai. Nampak sgt ko dengki dan jeles dgn couple ni. Baju kawin tu memang design utk ko sorang ke ? Bukan ko beli pon 😂 pastu gigih upload dlm ig dia pic laki dia pakai baju ni. Btw @hafizmahamad nampak lebih sesuai dan kacak pakai baju ni dari husband u. Opss sorry. Dan baju aina pon lebih stunning, lawa gila namateyy. Opss sorryy. Hati jangan busuk tau.
“@sofieyara3922: @erkazainal perlu ke nak komen dekat pic lain @hafizmahamad “pakai bekas peluh laki ko” apa punya attitude perempuan ni. Hati bangkai”
“@erkazainal: @sofieyara3922 HAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA LAWAK LA YOU NI. HATI SEDIHHHHHH HATI PEDIHHHH KE? 😝”
“@sofieyara3922: @erkazainal ke u yg pedih tgk @hafizmahamad pakai nampak more charming than ur husband ? 😜”
Dalam pemerhatian kami, yang selalunya komen buruk di media sosial orang yang tak dikenali secara rapat ni ialah dari golongan budak-budak sekolah.
Inilah dia generasi yang menyalahgunakan media sosial dan sanggup mengatakan yang tidak baik tentang orang di lain di ruangan umum semata-mata untuk memuaskan ego sendiri. Apa-apa pun, tahniah Aina dan Hafiz; semoga berbahagia ke anak cucu!-MYNEWSHUB.CC