Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Gempa Bumi Kuat Di...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter melanda pantai...

Seorang Lagi Orang Asli...

GUA MUSANG - Seorang lagi penduduk orang asli, Kampung Kuala Koh di sini...

Sasaran 111 Pingat Emas...

KUALA LUMPUR - Sasaran  Malaysia untuk mengutip 111 pingat emas dalam kempen Sukan...

Dua Lagi Kes Zika...

KUALA LUMPUR - Dua lagi kes jangkitan virus Zika melibatkan adik-beradik dikesan di...

‘Yang Terindah’ Raih Sejuta Tontonan Seminggu

DAHULU nama Achey hanya dikenali sebagai pelawak. Kini, gelaran tersebut ditambah menjadi pengacara, pelakon dan terbaru, penyanyi.

Pemilik nama sebenar Mohd. Nasir Hamzah itu telah mengeluarkan satu single yang juga percubaannya dalam bidang nyanyian.

Baru sahaja dimuat naik di laman YouTube, video lirik lagu yang berjudul Yang Terindah telah mencecah lebih 1.3 juta tontonan hanya dalam masa seminggu.

Sudah pasti khabar ini sangat menggembirakan pelawak 31 tahun itu dan dalam masa yang sama turut terharu dengan maklum balas yang diterima.

“Alhamdulillah, saya terkejut dengan sambutan luar biasa yang diberikan oleh peminat kerana ini percubaan pertama saya sebagai penyanyi.

“Saya pun tak sangka ia akan mencapai jumlah tontonan yang tinggi dalam tempoh singkat,” katanya dipetik mStar Online.

Apa yang lebih mengujakan lagi, lagu tersebut berjaya menduduki tempat ke-10 dalam senarai video trending di Malaysia.

Mungkin ramai yang tidak tahu, single sulungnya ini didedikasi khas buat isteri tercinta, Nur Hasanah Yahya. Boleh dikatakan lagu ini bukti cinta dan berkisarkan perkahwinan yang telah didirikan sejak enam tahun lalu.

“Selain mengenai rumah tangga saya, lagu ini juga mempunyai maksud yang cukup luas.

“Ia bukan sekadar mengenai cinta kepada manusia semata-mata, malah merangkumi banyak perkara lain,” katanya.


Yang Terindah merupakan hasil ciptaan sepenuhnya dari Achey sendiri dan digubah oleh Zimi dari kumpulan Sofazr.

Achey yang juga penyampai radio di stesen Era FM menyatakan itu bukanlah jaminan yang lagunya bakal diputarkan di stesen berkenaan.

Sebaliknya, dia juga tidak terlepas untuk melalui prosedur yang sepatutnya sebelum lagu itu ke udara.

“Walaupun saya bergelar deejay bersama di Era FM, jangan ingat lagu saya akan mendapat laluan mudah untuk dimainkan.

“Saya perlu melalui proses yang sama dan memerlukan permintaan pendengar sebelum lagu tersebut dimainkan di radio,” jelasnya.

Walaupun ini merupakan cubaan pertamanya, nampaknya ia seakan berjaya. Sejak video teasernya dimuat naik ke laman Instagram, rata-rata peminat memuji lagu tersebut kerana liriknya yang menyentuh hati.

Dalam perkembangan terbarunya, kini Achey sedang sibuk dengan pengambaran drama komedi yang bertajuk Tuyul ke London dan akan bersiaran bermula 20 Disember depan. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori