Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Anzalna Nasir Dah Pasang...

KEDENGARAN klise namun apabila seseorang selebriti itu mula berhijrah dengan memakai tudung, tujuan...

150 Premis 7-Eleven Di...

TAIPING - Sebanyak 150 kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven sekitar Perak akan dilengkapi...

Kelantan Serah Sepenuhnya Kepada...

KOTA BHARU : Kelantan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa Thailand untuk menjalankan siasatan...

SPAD Siasat Video Tular...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyiasat maklumat dalam Facebook mengenai...

Yayasan Al-Basar Akan Bina Hospital Mata

ADDIS ABABA – Yayasan Antarabangsa Al-Basar, sebuah organisasi bukan kerajaan, yang berpangkalan di Arab Saudi akan membina sebuah hospital dan pusat latihan rawatan mata di Addis Ababa pada tahun ini, selain merancang membina 10 hospital mata di sembilan wilayah serta di Dire Dawa City.

Hospital di sembilan wilayah dan Dire Dawa City itu akan dibina dalam tempoh sepuluh tahun akan datang, kata Setiausaha Agung Yayasan, Dr. Adil Al -Rushud, yang mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Ethiopia, Dr Aklilu Hailemichael di sini, Isnin.

Adil, yang mengetuai delegasi yayasan itu, berkata Ethiopia merupakan satu daripada 44 negara di mana Yayasan Antarabangsa Al-Basar beroperasi dan berhasrat untuk memperkukuhkan lagi kegiatannya di negara berkenaan.

Beliau berkata, pembedahan mata mula dijalankan di Ethiopia sejak tahun 2000. Seramai lebih 143,000 orang telah diperiksa dan kira-kira 20,000 pesakit dibedah sejak enam tahun lalu.

Yayasan tersebut menyumbang sebanyak US$25 juta untuk merealisasikan pembinaan 10 hospital mata.


Dr Aklilu berkata, dalam tempoh enam tahun lalu, yayasan telah menjalankan sebanyak 26 kali pembedahan mata luar biasa dan mengagihkan lebih 40,000 pasang cermin mata.

Sementara menunggu bangunan tetap siap dalam tempoh tiga tahun lagi, yayasan akan menyediakan rawatan mata di sebuah bangunan yang disewa di Addis Ababa, katanya. – BERNAMA-NNN-ENA

Kategori