ALAHAI… Bertuah Aaisyah kan. Baru sambut hari lahir yang ketiga tahun, tapi meriah macam sambut hari lahir yang ke-17 tahun!
Hari ini, genaplah usia anak gadis kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana.
Dengarnya Aaisyah dapat banyak hadiah ya. Mesti hadiah yang paling banyak tu ialah barang alat solek kan? Aaisyah kan suka main makeup makeup.
Aaisyah juga diberikan layanan istimewa oleh Che Ta dan Zain dengan memenuhi keinginan si kecil itu untuk melakukan rawatan medicure dan disolek sempena hari lahirnya hari ini.
Amboi Ecah ni… Macam puteri raja ya dia. Mesti seronok kan, bangun je daripada tidur dah tersedia semua hadiah dan persiapan hari lahir.
https://www.instagram.com/p/Ba6-kQ1F1JO/?taken-by=aaisyahdhiarana111
Semalam, semasa persiapan diadakan, Aaisyah telah menerima kunjungan daripada pelakon pujaan Malaya, Zul Ariffin!
Sebelum ni tular satu video yang mana Aaisyah mengatakan bahawa si comel itu ingin berlakon dengan elakon pujaan ramai tu.
Tapi dalam satu lagi video, Aaisyah berubah fikiran tak mahu untuk berlakon bersama dengan Zul kerana takut akan misai dan jambang yang dimiliki oleh pelakon itu ketika di dalam drama Titian Cinta.
Tanpa diketahui, semalam Zul datang mmebuat kejutan dengan wajah yang bersih tanpa misai dan jambang.
https://www.instagram.com/p/BaQq1SngF4l/?taken-by=aaisyahdhiarana111
Namun, disebabkan rasa malu, Aaisyah terdiam tanpa pandang ke arah Zul! Rugi lah Aaisyah ni… Dah jumpa Zul Ariffin, malu pula dia ya.
Mana tahu lepas ni Aaisyah berlakon dengan Zul Ariffin pula kan? Boleh jadi juga tu… Yelah, Aaisyah kan minat dekat Zul Ariffin sampai kata nak berlakon sama-sama kan.
Apa pun, Selamat Hari Lahir diucapkan kepada puteri cantik Che Ta dan Zain. Semoga Aaisyah menjadi anak yang dengar kata dan solehah. Dah besar nanti Aaisyah nak jadi pelakon macam mummy dengan daddy tak?-MYNEWSHUB.CC / AH