Sunday, July 7, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Pukul Mak Labah-Labah,...

Seorang lelaki di Selatan Australia bertindak memukul seekor spesis labah-labah serigala dengan sebatang...

UPM Reka Perabot Berbentuk...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan pensyarah dan pelajar Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) Universiti...

Ivanka Trump Dituduh Curi...

NEW YORK - Anak perempuan calon presiden Republikan, Donald Trump, berhadapan masalah besar...

Kakak Dakwa Doktor Cuai...

ALANGKAH hancurnya hati apabila bayi yang dikandungkan selama sembilan bulan meninggal dunia disebabkan...

10% Warga Kesihatan Berisiko Alami Masalah Kesihatan Mental

KOTA BHARU – Sebanyak 10 peratus daripada 14,000 warga Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan yang menjalani saringan Simptom Kemurungan, Keresahan dan Tekanan (DASS) tahun ini, berisiko mengalami masalah kesihatan mental.

Pengarah jabatan itu Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata 90 peratus lagi hanya membabitkan simptom ringan yang boleh ditangani dengan perkongsian dan perbincangan masalah yang dialami kakitangan terbabit.

“Saringan tersebut kita jalankan di peringkat ibu pejabat, hospital dan pejabat kesihatan daerah melalui Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar.

“Laporan ini bagaimanapun masih di peringkat awal dan saringan seterusnya akan dilakukan bagi menentukan peringkat kesihatan mental yang dialami bagi 10 peratus kakitangan yang dikenal pasti itu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Kesedaran Kesihatan Mental dan ‘Ambo Nok Sihat’ Peringkat Negeri Kelantan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Azman Ismail dan turut dihadiri Pengarah HRPZII Dr Selasawati Ghazali.

Sambutan yang bertemakan ‘Kesihatan Minda di Tempat Kerja’ itu diadakan bagi memberi penekanan terhadap kepentingan aspek kesihatan mental di tempat kerja bagi mewujudkan suasana pekerjaan yang positif.

Dr Ahmad Razin berkata bekerja dalam situasi yang sihat dan selamat penting dalam mencegah tekanan, kerisauan dan kecelaruan hidup dalam kalangan pekerja.


“Ini kerana secara purata setiap pekerja menghabiskan masa bekerja lebih kurang 40 jam setiap minggu tidak termasuk tugas selepas waktu bekerja,” katanya.

Katanya masalah kemurungan dalam kalangan pekerja boleh memberi kesan kehilangan sumber tenaga kerja yang produktif kepada negara.

Sementara itu, beliau berkata golongan wanita lebih cenderung mengalami masalah kesihatan mental berikutan kehidupan sosialnya yang lebih terbatas berbanding lelaki.

“Kebanyakan wanita bekerja akan meneruskan tugas harian di rumah sekembali dari tempat kerja berbanding lelaki yang mempunyai ruang masa santai lebih lama bersama rakan,” katanya. – BERNAMA

​​​

Kategori