Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Arab Saudi Sokong Proses...

KABUL - Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, telah menzahirkan sokongan terhadap...

Cabaran Getir Tunggu Nicol...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Nicol David bakal berdepan tugas getir untuk...

Zizan Razak, Mira Filzah...

TERDAHULU pernah timbul desas desus mengatakan pelakon yang sedang meningkat naik, Mira Filzah...

Cuaca Sejuk & Berkabus...

SETELAH bencana banjir kembali reda, penduduk Kelantan khususnya di jajahan Kuala Krai sekali...

12 Anak Kapal Korek Terapung Di Lautan 13 Jam

KUANTAN – Semua 12 anak kapal korek WTK1 selamat selepas terapung di lautan selama 13 jam setelah kapal itu karam dipukul ombak pada 6 pagi semalam di perairan Pulau Berhala, Pekan kira-kira 37.6 batu nautika dari Kuantan.

Pengarah Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar berkata empat warganegara Indonesia dan lapan rakyat Thailand itu diselamatkan oleh sebuah bot tunda yang menjumpai rakit kecemasan dinaiki mereka pada 8.44 malam tadi.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 34 tahun hingga 63 tahun dipercayai hanyut sejauh kira-kira 10.9 batu nautika dari lokasi kapal milik syarikat PT Maruay, yang didaftarkan di Indonesia, karam.

“Kapal korek itu dalam perjalanan dari Batam, Indonesia ke Thailand untuk tujuan pembaikan, namun difahamkan mengalami kebocoran pada bahagian kanannya sebelum dipukul ombak setinggi tiga meter menyebabkan kapal mulai tenggelam.

“Kapten kapal mengarahkan semua anak kapal menyelamatkan diri dengan menaiki rakit kecemasan sebelum diselamatkan bot tunda, DICKSON 8, yang menjumpai mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zulkarnain berkata bot tunda itu kemudian menunda rakit kecemasan itu sehingga ke Pelabuhan Kuantan pada 9.30 pagi tadi.

Pemeriksaan mendapati hanya dua daripada mereka mengalami kecederaan ringan dan kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini manakala yang lain ditempatkan di pejabat APMM di sini.


“Pihak kedutaan Indonesia dan Thailand juga telah dimaklumkan mengenai kejadian itu bagi urusan dokumentasi dan penghantaran pulang semua anak kapal,” katanya.

Sementara itu, kapten kapal itu Dewirisal Taupik, 45, menerusi rakaman video yang diperoleh daripada APMM, berkata mereka memulakan pelayaran pada 12 Dis lepas sebelum kapal itu bocor.

“Kami belayar sampai tanggal 20 (Dis), kapal kami bocor… saya suruh (awak-awak) bersedia di bawah dan kapal terbalik. Kami lompat ke rakit dan terapung-apung selama 13 jam sebelum datang (sebuah) bot selamatkan kami,” katanya. – BERNAMA

Kategori