Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dr. Ting Fail Saman...

KUCHING - Bekas ahli dewan undangan negeri DAP kawasan Pujut, Dr Ting Tiong...

Tolak Ajakan Seks, Pelancong...

Pattaya - Seorang pelancong warga Britain cedera dipukul seorang pondan selepas dia menolak...

Dah Biasa Berlawak, Achey...

SINONIM dengan watak lawak bersahaja dan suara nyaring yang dimilikinya, Achey makin dikenali...

Pakatan Harapan Minta Siasat...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan berpakat meminta bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd...

13 Penumpang Bas Kilang Cedera Kemalangan

BUTTERWORTH – Seramai 13 penumpang sebuah bas kilang termasuk pemandunya mengalami kecederaan selepas kenderaan itu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Tingkat Perusahaan 6, Perai di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kemalangan kira-kira 6.15 pagi itu, pemandu bas berkenaan Badrul Hisham Ahmad, 52, patah kaki kiri selepas tersepit di tempat pemandu.

“Seramai 12 penumpang bas kilang itu yang kesemuanya wanita, mengalami cedera ringan dan mereka bersama pemandu bas dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut. Sementara pemandu lori treler yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya kemalangan berlaku apabila bas kilang dari arah Perai itu gagal mengelak lori treler yang tiba-tiba keluar dari simpang sebelah kiri bas.

Berikutan kejadian itu, lori treler yang membawa muatan besi buruk melanggar bahagian hadapan bas kilang berkenaan lalu terseret ke kanan jalan sebelum terkena batu penghadang jalan.

Nik Ros Azhan berkata berikutan kejadian itu, pemandu bas kilang berkenaan tersepit manakala 12 penumpangnya mengalami kecederaan ringan kerana turut tersepit serta terpelanting.


Sementara itu, tinjauan di HSJ mendapati kesemua pekerja kilang terlibat menerima rawatan sebagai pesakit luar kerana hanya cedera ringan manakala pemandu bas kilang tersebut menerima rawatan lanjut.

Seorang daripada mangsa, Noorhidayah Mohd Syukran, 26, berkata semasa kejadian kebanyakan pekerja yang berada dalam bas itu sedang tidur sebelum tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat.

“Saya yang duduk di bahagian tengah terpelanting ke hadapan kerana rempuhan kuat itu, keadaan menjadi kelam-kabut kerana semua orang menjerit ketakutan dan kami bernasib baik hanya mengalami cedera ringan,” katanya yang luka pada tangan serta dahi. – BERNAMA

Kategori