Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Saya Letak Jawatan Bila...

KENINGAU - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau sedia melepaskan...

Gempa 6.2 Magnitud Landa...

KUALA LUMPUR : Satu gempa bumi berskala 6.2 berlaku di Pekan Baru, Indonesia.Ia...

Menerusi Media Sosial, Agong...

KUALA LUMPUR - Dua hari selepas menyampaikan Titah Diraja menasihati rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan menerusi...

Isteri Hamil Lagi, Fad...

TAHNIAH diucapkan kepada pelawak terkenal Fad Bocey bersama isterinya, Syaheera, 22, kerana tidak...

14 Pondok Madrasah Muhammadiah Terbakar

KOTA BHARU – Sebanyak 14 buah pondok di Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir di sini, musnah dalam kebakaran malam ini, namun tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Nazili Mahmood berkata ketika kejadian pukul 7.50 malam, kesemua pondok yang diperbuat daripada kayu itu tiada penghuni.

“Mereka (penghuni) ketika kejadian berada di surau madrasah berkenaan untuk aktiviti keagamaan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Nazili berkata tiga buah jentera bersama-sama 21 anggota bomba berjaya mengawal dan memadamkan sepenuhnya kebakaran berkenan pada kira-kira 9 malam.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan. – BERNAMA

Kategori