Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Seludup Wang Tunai...

Republik Dominica – Agaknya berapa besar perut wanita ini, jika tidak takkan dia...

Kumpulan Kedua 270 Jemaah...

KUALA NERUS - Sebanyak 270 jemaah haji dari Terengganu berlepas ke Tanah Suci...

KPDNKK Terima 10,882 Aduan...

GEORGETOWN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menerima 10,822...

Pencuri Terserempak Polis Tidak...

SEREMBAN - Cubaan seorang lelaki memecah masuk dan melarikan barang berharga dari sebuah...

16,600 Pelajar Sekolah W.P Dapat Bantuan

PUTRAJAYA – Seramai 16,600 pelajar sekolah daripada keluarga kurang berkemampuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menerima bantuan awal persekolahan 2018 di bawah program Ceria Ke Sekolah anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata bantuan berupa baucar pakaian benilai RM100 serta barangan keperluan sekolah seperti alat tulis dan beg sekolah itu melibatkan perbelanjaan berjumlah lebih RM2.5 juta.

Tengku Adnan, yang juga Pengerusi YWP, berkata pemberian sumbangan tahunan itu adalah sebagai sokongan moral kepada ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak di samping memberi semangat dan keceriaan kepada pelajar untuk ke sekolah.

“Baucar tersebut adalah untuk membeli pakaian dan kasut sekolah di dua kedai yang telah dikenal pasti iaitu Pusat Pakaian Hari-Hari dan kedai Canggih,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan kepada 1,150 pelajar sekolah di bawah program Ceria Ke Sekolah, di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan program berkhatan beramai-ramai secara percuma melibatkan 400 kanak-kanak komuniti Putrajaya berusia empat hingga 12 tahun.

​​​Selain itu, Tengku Adnan berkata Biro Pendidikan UMNO akan turut menyampaikan sumbangan kepada 3,600 murid di Putrajaya yang akan memasuki darjah satu pada tahun depan.


“Kita akan beri beg sekolah yang berisi buku yang diperlukan dengan kerjasama pejabat pendidikan daerah dan pihak sekolah,” katanya.

Tambahnya program yang sama akan diadakan di Kuala Lumpur dan Labuan bagi meringankan beban ibu bapa selain memberi rangsangan kepada murid yang pertama kali melangkah ke alam persekolahan. – BERNAMA

Kategori