Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tidak Mungkin Jho Low...

GEORGE TOWN - Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador hari ini menolak laporan...

Anak Pelakon Popular Kongsi...

SEORANG model peragaan, Ahya Ulumuddin Rosli, 29, tanpa segan silu berkongsi gambar panasnya...

Mertua Arwah Mustapa Maarof,...

Selepas dua hari negara kehilangan seniman Allahyarham Datuk Mustapha Maarof, kini ibu mertuanya...

Kayuhan MEX Pertama Tarik...

KUALA LUMPUR – Acara berbasikal "”Kayuhan MEX 2018" yang pertama kali diadakan pada...

18 PATI Ditahan Dalam Operasi Di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah di Kota Kinabalu, awal pagi tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata PATI berkenaan yang kebanyakannya warga Filipina dan berumur empat hingga 53 tahun, ditangkap di tujuh lokasi di daerah tersebut.

“Enam lelaki, empat wanita dan empat kanak-kanak warga Filipina serta empat wanita dan seorang lelaki lain-lain bangsa ditangkap di bawah Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Dalam operasi selama enam jam bermula 1.30 pagi tadi, polis turut menahan empat lelaki tempatan atas kesalahan penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata selain Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu, operasi itu turut disertai sukarelawan polis, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Pasukan Gerakan Am (PGA). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pati

Kategori