Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

14.79 Juta Tenaga Buruh...

PUTRAJAYA - Bilangan tenaga buruh di negara ini pada Disember 2016 adalah 14.79...

Rakyat Perlu Tolak Laporan...

KOTA BHARU - Rakyat perlu menolak portal Sarawak Report yang jelas tidak mempunyai...

KeTTHA Teliti Cadangan Pindaan...

IPOH - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sedang meneliti cadangan pindaan...

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Fasa 19 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur...

2 Pengedar Dadah Ditahan Di Kepala Batas

KEPALA BATAS – Polis memberkas dua lelaki disyaki pengedar dadah dalam dua kejadian berasingan di sekitar daerah ini lewat tengah malam tadi serta merampas dadah jenis syabu dan heroin dengan nilai keseluruhan hampir RM30,000.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata tangkapan pertama melibatkan lelaki berusia 30 tahun di Jalan Kampung Paya di sini, tengah malam tadi.

Lelaki berkenaan ditahan ketika menunggang sebuah motosikal pada 12.45 tengah malam dan pemeriksaan ke atasnya menemukan satu bungkusan plastik mengandungi dadah dipercayai syabu seberat 352.22 gram bernilai kira-kira RM28,160, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah itu baru balik daripada mendapatkan bekalan untuk dijual kepada pelanggan tetapnya di sekitar daerah ini.

Lelaki ini yang bekerja sebagai buruh dipercayai terlibat dalam kegiatan berkenaan sejak beberapa bulan lepas, katanya.

Noorzainy berkata tangkapan kedua melibatkan lelaki berusia 23 tahun di Jalan Pekan Darat di sini pada 2 pagi tadi.


Polis merampas heroin seberat 29.2 gram bernilai RM1,500 daripada suspek yang bekerja sebagai buruh itu, katanya.

Beliau berkata suspek dipercayai terbabit kegiatan itu sejak awal tahun ini.

Kedua-dua suspek yang positif dadah juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan kes disiasat menurut Seksyen 39B, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

Kategori