Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Belum Buat Keputusan...

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan daripada UMNO berhubung cadangan usul undi percaya kepada...

Siapa Abu Hamzah, Pengganas...

MELIHAT gambar wajahnya, orangnya kelihatan seperti pemuda tempatan lain: berkulit sawo matang dan...

Pelancongan Perubatan Dunia: Malaysia...

KUALA LUMPUR - Malaysia melakar kecemerlangan dalam bidang pelancongan kesihatan dan perubatan bagi...

Khairy Minta Atlet Zahir...

KUALA LUMPUR - Kontinjen negara boleh menzahirkan semangat patriotisme pada bulan kemerdekaan ini...

200 Pekebun Kecil, Penoreh Getah Di Papar Terima BMT

PAPAR – Seramai 200 pekebun kecil getah dan penoreh di Daerah Papar menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak RM200 seorang hari ini bagi meringankan beban mereka yang terjejas disebabkan musim tengkujuh.

Bantuan daripada Kerajaan Pusat yang diselenggara Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) itu diserahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Yahya Hussin.

Beliau berkata bantuan kewangan menerusi program BMT kepada pekebun dan penoreh getah itu adalah bagi memastikan kebajikan pekebun kecil getah dan penoreh terpelihara pada musim tengkujuh.

“Setakat ini, LIGS telah mendaftarkan 47,900 pekebun kecil dan 17,613 penoreh getah. Seramai 50,799 daripadanya layak menerima BMT,” katanya pada majlis penyerahan bantuan itu yang turut dihadiri Pengurus Besar LIGS Datuk Harris Mathews.

Katanya bantuan RM200 sebulan sepanjang tiga bulan bermula November lepas hingga Januari 2018 dibayar kepada penerima melalui dua kaedah iaitu pembayaran secara tunai dan pembayaran terus ke akaun bank penerima.

Bagi Daerah Papar sahaja Yahya berkata seramai 1,209 pekebun kecil dan penoreh sudah menerima bayaran pertama masing-masing pada November lalu dan bayaran seterusnya pada Disember tahun ini dan Januari tahun hadapan akan dibuat mengikut jadual ditetapkan.

“Inilah bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu prihatin dan akan terus berusaha membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang mahupun pendirian politik mereka,” katanya.


Seorang penerima, Tinus Guntalib, 67, dari Kampung Mondikod Boliotikon berkata bantuan itu sangat sesuai kepada pekebun kecil getah seperti beliau kerana seminggu sahaja tidak turun menoreh pun, sudah cukup menjejaskan pendapatan harian mereka.

“Saya bersyukur menerima bantuan kerajaan ini. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli keperluan rumah. Saya berharap bantuan seperti ini dapat diteruskan,” katanya.

Philip Kohing, 56, dari Kampung Telantang, Bongawan pula berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan itu kerana ia banyak membantu meringankan beban kelurganya.

“Apabila hujan, kami memang tidak dapat turun menoreh. Jadi bantuan ini memang sungguh bermakna bagi kami. Kerajaan memang sungguh prihatin dengan nasib penoreh getah seperti kami,” katanya. – BERNAMA

Kategori