Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bilik Kaca Pamer Anak...

KUALA LUMPUR - Sebuah bilik kaca akan diwujudkan untuk dijadikan bilik pameran anak...

Padah Berebut Anak Sampai...

ALOR SETAR - Tindakan seorang lelaki menghimpit kereta yang dipandu bekas isteri hampir...

Kabinet Arah TNB Betulkan...

PETALING JAYA – Jemaah Menteri menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memperbetulkan apa...

Tandas Rosak, Pesawat MAS...

KUALA LUMPUR - Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) terpaksa membuat pendaratan tidak berjadual di...

226 Pelajar Sekolah Terima Bantuan Awal Persekolahan

SEREMBAN – Seramai 226 pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi dan DUN Ampangan, menerima bantuan awal persekolahan 2018.

Bantuan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang melibatkan 104 buah keluarga itu, berupa dua pasang pakaian sekolah, kasut dan wang tunai, dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM51,100.

Pelajar sekolah rendah menerima wang tunai RM200 manakala pelajar sekolah menengah pula RM250 yang disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Pengerusi MAINS, di Masjid At-Taqwa, Paroi di sini hari ini.

Pada majlis sama, Mohamad turut menyampaikan sumbangan bantuan wang tunai RM200 kepada 104 penerima bantuan kariah Masjid At-Taqwa.

Terdahulu ketika berucap, beliau berkata satu kaedah perlu dikenal pasti untuk mengeluarkan fakir miskin daripada kemiskinan untuk membolehkan mereka berdikari berbanding hanya bergantung kepada pemberian wang zakat.


“Antaranya mungkin boleh beri bantuan untuk memulakan perniagaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori