Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Isu Tapir: APM Cuba...

INSIDEN seekor tapir yang sesat di Taman Desa Saujana, Batu 14 Hulu Langat,...

Pecah Pintu Balai Polis,...

IPOH - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini...

Seorang Penunggang Lelaki Maut...

BUTTERWORTH - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 132.6...

Karipap Nasi Lemak Pula...

'KEGILAAN' untuk mencipta hibrid makanan kini semakin kreatif dan 'masuk akal' nampaknya. Jika sebelum...

26 Maut, 46 Hilang Ribut Tropika Badai Filipina

MANILA – Ribut tropika yang melanda Filipina pada Sabtu, menyebabkan sekurang-kurangnya 26 orang maut manakala 46 lagi hilang, lapor agensi berita Xinhua.

Romina Marasigan dari Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC) dalam sidang akhbar pada Isnin berkata, kebanyakan maut dalam 17 kejadian tanah runtuh, yang melanda empat wilayah tengah Filipina iaitu Biliran, Leyte, Samar Timur dan Samar.

“Kebanyakan mangsa yang hilang pula berasal dari Romblon, sebuah wilayah di tengah Filipina,” katanya.

Menurut NDRRMC, ribut tropika Kai-Tak yang membadai Filipina pada Sabtu mencetuskan hujan lebat, banjir dan tanah runtuh.

Sekurang-kurangnya 1,200 pelancong turut terkandas apabila pulau peranginan pantai yang terkenal, Pulau Boracay turut dilanda banjir.


Pengawal pantai Filipina turut menggantung perjalanan feri apabila isyarat ribut dikeluarkan di rantau itu.

Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Melayu, melaporkan 90 peratus Pulau Boracay ditenggelami air banjir, menyebabkan banyak penerbangan dan perjalanan feri terpaksa dibatalkan. – BERNAMA

Kategori