Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PAN Pertahan Restoran Mamak...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) membantah tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk...

Ronaldo Bakal Sertai Al...

LONDON – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan sudah bersetuju dengan tawaran bernilai £172.9...

15 Maut Gelombang Panas...

OTTAWA - Seramai 15 orang maut disebabkan komplikasi akibat gelombang panas yang melanda...

FGV Peruntuk RM10 Juta...

PEKAN - Felda Global Ventures (FGV) membelanjakan kira-kira RM10 juta setahun bagi melaksanakan...

3 Pelumba Muda Bersaing Pada Le Mans Asia

KUALA LUMPUR – Tiga pelumba muda tempatan akan bersaing pada baki dua perlumbaan Siri Le Mans Asia 2017/18 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Januari dan Februari tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali berkata tiga pelumba berkenaan ialah Jazeman Jaafar, Weiron Tan dan Afiq Ikhwan Yazid yang akan mewakili pasukan ternama Jackie Chan DC Racing X Jota pada Pusingan Ketiga dari 11-13 Jan di Buriram, dan Pusingan Keempat di SIC pada 2-4 Feb.

Pasukan berkenaan sudah merangkul kejuaraan LMP2 (Le Mans prototaip) pada perlumbaan berprestij Le Mans 24 Jam, musim ini.

“Jazeman menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga keseluruhan pada perlumbaan empat jam Siri Le Mans Asia – Fuji baru-baru ini dan kemudian, pasukan itu menawarkan dua tambahan slot bagi kedua-dua pusingan itu, dan kita memutuskan memilih Weiron Tan dan Afiq Ikhwan berdasarkan prestasi cemerlang mereka.

“Ini sebagai perlumbaan bagi kita mencapai cita-cita dan aspirasi untuk bersaing pada perlumbaan Le Mans Asia yang merupakan perlumbaan berprestij di dunia,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata sekirarnya ketiga-tiga pelumba berkenaan meraih keputusan positif pada baki dua pusingan tersebut, SIC tidak menolak kemungkinan bersaing dalam perlumbaan penuh bagi musim 2018/19.

Sementara itu, Jazeman berkata beliau menghargai peluang yang diberikan SIC untuk bersaing pada perlumbaan tersebut, sambil berharap dapat meraih keputusan positif dengan kehadiran dua rakan sepasukan.


‘Ia impian bagi setiap pelumba untuk bersaing dalam perlumbaan ternama Le Mans, dan bagi saya dengan mempunyai barisan penuh rakyat Malaysia dalam perlumbaan ini, saya berharap kami semua dapat membanggakan pasukan,” katanya sambil berterima kasih dengan peluang yang diberikan SIC itu.

Berkongsi pandangan sama ialah Tan yang berharap dapat bekerjasama baik dengan Jazeman dan Afiq Ikhwan pada perlumbaan itu.

“Saya agak terkejut apabila SIC memilih saya antara pelumba pasukan itu dan saya yakin ketiga-tiga kami boleh memberi keputusan yang baik dan saya tidak sabar untuk bersaing pada kedua-dua pusingan tersebut,” kata pelumba berusia 23 tahun itu yang mula mencipta nama apabila menduduki tempat keempat keseluruhan pada Kejohanan Pro Mazda 2015 di Amerika Syarikat. – BERNAMA

Kategori