Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Projek NFC Bakal Dikemudi...

JOHOR BAHRU - Langkah penjenamaan semula projek Ternakan Lembu Tempatan oleh Pusat Fidlot...

33 Sekolah Dipilih Promosi...

PUTRAJAYA - Sebanyak 33 sekolah di seluruh negara dipilih untuk mempromosikan Sukan SEA...

Lelaki Nigeria Suspek Bunuh...

SEPANG - Suspek utama iaitu lelaki warga Nigeria yang disyaki terlibat dengan kes...

Penganggur Didenda RM6,000 Lakukan...

BALIK PULAU - Akibat melakukan pelbagai kesalahan trafik selama tempoh 10 tahun, seorang...

3 Rumah Di Sungai Petani Terjejas Dilanda Ribut

SUNGAI PETANI – Bumbung tiga rumah di Kampung Pengkalan, Bukit Kecil dekat sini, rosak selepas dilanda ribut dalam kejadian antara 5.15 hingga 5.40 petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten Pertahanan Awam Azahar Ahmad berkata, bagaimanapun kesemua sembilan mangsa termasuklah seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dan dua wanita warga emas, di tiga rumah terbabit, dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

“Difahamkan hujan lebat berserta angin kencang menyebabkan ribut kuat berlaku antara jam 5.15 hingga 5.40 petang semalam, menyebabkan kerosakan pada bumbung tiga kediaman terbabit.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun kesemua mangsa terpaksa menumpang di rumah jiran berhampiran buat sementara waktu,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. – BERNAMA

Kategori