Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mahathir Nyatakan Solidariti Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyatakan solidariti dan...

Mulakan Tahun Baharu Dengan...

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri mengajak rakyat...

Manifesto BN Sempurna Untuk...

KOTA MARUDU - Manifesto Barisan Nasional (BN) mempunyai pengisian cukup sempurna, menggariskan akur...

Arab Saudi Henti Hantar...

DUBAI - Arab Saudi bertindak menghentikan sementara penghantaran minyak menggunakan laluan kapal di...

3 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut Kemalangan

SITIAWAN – Tiga sekeluarga maut termasuk seorang bayi lelaki berusia lingkungan tujuh bulan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Kayan, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mustafa Ismail berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi itu, kenderaan jenis Toyota Wish yang dinaiki semua mangsa terbabas sebelum tercampak ke dalam parit berair sedalam 2.5 meter.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mustafa Ismail berkata kejadian dipercayai berlaku semasa keluarga berkenaan dalam perjalanan dari sini menghala ke Teluk Intan.

Mustafa berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 4.24 pagi dan sebaik tiba di lokasi segera membetulkan kereta tersebut sebelum membawa keluarga ketiga-tiga mangsa yang kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Di dalam kereta terdapat tiga orang terdiri daripada seorang lelaki berumur lingkungan 40an, seorang wanita berumur 30an dan seorang bayi lelaki dalam lingkungan tujuh bulan.


Beliau berkata mayat ketiga-ketiga mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan identiti kesemuanya belum dikenal pasti.

Mustafa berkata operasi tamat kira-kira pukul 6.10 pagi tadi. – BERNAMA

Kategori