Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tambang Teksi, Bas Ekspres...

Kuala Lumpur - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan penetapan kadar tambang baharu...

Azhar Sulaiman Restu Anak...

KUALA LUMPUR - Melihat kelas vokal sebagai platform meningkat keyakinan diri, Azhar Sulaiman,...

Bos Supermax Stanley Mohon...

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corp. Bhd., Datuk Seri Stanley Thai...

Sekretariat Sukma 2020 Dibentuk...

ISKANDAR PUTERI - Sebuah sekretariat akan dibentuk tahun depan bagi membantu kerajaan negeri...

30 Balai Bomba Baharu Mula Operasi Sepanjang 2018

PUTRAJAYA – Sebanyak 30 balai bomba baharu mula operasi tahun depan bagi memantapkan lagi tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), membabitkan kira-kira 960 perjawatan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, seiring dengan itu, bilangan anggota dan aset bomba juga dipertingkatkan mengikut peruntukan disediakan kerajaan dalam Bajet 2018.

“Bagi tujuan penambahan anggota, kira-kira 960 perjawatan baharu adalah diperlukan dan kita sudah memohon kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk penambahan petugas.

“Selain itu, bagi memastikan JBPM terus kompetitif untuk menghadapi pelbagai situasi kecemasan yang tidak terduga, usaha turut dilakukan dalam memperkasakan aset jabatan tersebut.

“Ini termasuk juga membekalkan dua unit pesawat udara baharu iaitu helikopter AgustaWestland jenis AW189 buatan Itali yang dilengkapi dengan teknologi canggih dan berharga RM100 juta seunit.

“Awal tahun depan, JBPM akan menerima secara berperingkat 19 jentera Aerial Ladder Platform yang ada tangga berketinggian 37 meter berharga RM4.3 juta seunit untuk operasi di bangunan tinggi,” katanya.

Noh menjelaskan demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman antara JBPM dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang berkaitan.

Ini meliputi memberikan maklumat berkenaan permasalahan di lapangan membabitkan keselamatan serta kebersihan, melaksanakan tanggungjawab sosial, penerapan amalan kebersihan dan budaya kitar semula.

Selain itu, turut dimeterai adalah memoradum persefahaman perjanjian penswastaan antara KPKT serta Yayasan Melaka bagi melaksanakan projek tukar guna tanah JBPM di Cheng, Melaka.


Mengulas dengan lebih lanjut, Noh berkata bahawa keperluan penambahan keanggotaan dan balai bomba baharu itu sejajar cabaran besar dihadapi setiap anggota bomba selama ini.

“Tahun ini boleh dikatakan amat uji anggota dengan pelbagai tragedi melanda termasuk kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur, kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang dan banjir.

“Semua ini mewujudkan keperluan kementerian memberi keutamaan kepada bomba bagi memastikan mereka sentiasa bersiap siaga dengan peralatan canggih selaras kehendak situasi semasa,” kata Noh.

Selain itu, katanya, pihak JBPM tidak pernah lekang daripada pelbagai cabaran dan rintangan dalam memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan kepada rakyat Malaysia.

Ini terbukti apabila tahun ini dari Januari hingga Oktober lalu sahaja sebanyak 73,507 panggilan kecemasan diterima membabitkan 25,522 panggilan kebakaran dan 45,747 panggilan menyelamat.

“Selain itu pada tempoh masa yang sama, pihak JBPM juga menerima 1,933 panggilan khidmat khas selain 305 panggilan palsu,” kata Noh. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bomba

Kategori