Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

3,631 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Situasi wabak Covid-19 yang melanda negara terus mencatatkan angka kes...

Lubang Besar 20 Kali...

WASHINGTON: Sebuah lubang besar 20 kali lebih besar daripada Bumi dikesan pada matahari...

Teknologi Baharu Pertanian Mampu...

SERDANG – Kerajaan bercadang perluaskan inovasi dan penggunaan teknologi baharu bagi perkasa serta...

Beri Sokongan Bawa Pulang...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan seluruh rakyat termasuk pemimpin...

31 Individu Ditahan Dalam Operasi Cantas Khas

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan 31 individu atas pelbagai kesalahan menerusi 21 serbuan Operasi Cantas Khas tengah malam tadi hingga pagi ini bagi membanteras kegiatan kumpulan kongsi gelap di negeri ini.

Menerusi catatan dalam laman Facebook, Polis Johor memberitahu bahawa kesemua mereka ditahan setelah pemeriksaan dilakukan terhadap 257 individu mulai 12 malam hingga 6 pagi tadi.

Operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Johor itu menyasarkan premis atau pusat hiburan yang menjadi tempat pertemuan ahli-ahli kongsi gelap.

Ia dilaksanakan bagi membanteras dan mengekang serta melumpuhkan kegiatan jenayah kekerasan, jenayah jalanan dan jenayah bersindiket yang melibatkan semua jenis elemen jenayah.

Polis Johor turut menegaskan bahawa ia akan membenteras mana-mana kumpulan yang cuba menimbulkan kekacauan dan ketakutan kepada masyarakat. – BERNAMA

Kategori