Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Ucap Selamat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

India Didakwa Mahu Hapus...

KERAJAAN India yang semakin jelas sikap menyebelahi ekstremis Hindu kini sudah menahan sekitar...

Unisza IPT Pertama Pantai...

KUALA TERENGGANU - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melakar satu lagi transformasi apabila...

Rusia Dimohon Bantu Senggara...

SINGAPURA - Malaysia memohon bantuan Rusia bagi menyenggara pesawat yang dibeli daripada Moscow,...

4 Ditahan, Polis Lumpuhkan Sindiket Curi Kereta

KUALA LUMPUR — Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket curi kenderaan sekitar ibu negara susulan penahanan empat lelaki yang dipercayai menjadi dalang jenayah itu melibatkan 17 buah kereta bernilai hampir RM200,000.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata, “Sindiket tersebut mencuri kenderaan dengan hanya menggunakan pembaris untuk mengumpil pintu kenderaan.

“Mereka lalu membawa kereta-kereta itu ke tempat letak kenderaan yang tidak dikawal sambil menunggu permintaan daripada pembeli,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan pada 4 dan 5 Dis lepas oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Sentul dalam beberapa serbuan berasingan.

“Suspek pertama berusia 39 tahun ditahan di sebuah rumah di Desa Aman, Sungai Buloh seterusnya polis mengesan lagi tiga suspek berumur lingkungan 21 hingga 33 tahun di beberapa kawasan berasingan di Jinjang dan di Chow Kit,” katanya kepada pemberita di depoh barang-barang kes di sini hari ini.

Munusamy berkata berikutan penahanan itu, polis berjaya merampas 17 kereta curi yang telah dilaporkan hilang di kawasan Sentul, Wangsa Maju, Gombak, Ampang dan Petaling Jaya.


Beliau berkata siasatan terhadap kesemua suspek mendapati sindiket itu dianggotai lebih daripada empat individu dan usaha mengesan anggota kumpulan lain masih diteruskan.

Munusamy menjelaskan kenderaan daripada jenis Proton, Perodua dan Nissan antara jenis kenderaan yang menjadi sasaran anggota kumpulan itu berdasarkan permintaan tinggi dalam pasaran.

“Dua daripada empat suspek ini mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan curi kenderaan dan kesemua mereka ditahan reman bermula 5 hingga 15 Dis serta disiasat di bawah Seksyen 397A Kanun Keseksaan,” katanya. — BERNAMA

Kategori