Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perjuangan Beradab Pilihan Wanita...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO, yang menjadi tulang belakang parti, akan terus...

Gambar Kemeriahan Majlis Akikah...

WAH meriahnya majlis cukur jambul dan akikah anak pasangan selebriti Fizz Fairuz dan...

Pesalah Trafik DBKL Berdepan...

KUALA LUMPUR - Mereka yang gagal menjelaskan kompaun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

Wabak Rabies Ragut Nyawa...

SHAH ALAM - Wabak rabies atau penyakit anjing gila meragut nyawa mangsa ke-21...

47 Penduduk Di Raub Banjir Pertama Di Pahang

KUANTAN – Selepas Kelantan dan Terengganu, Pahang mula dilanda banjir dengan 47 penduduk daripada 14 keluarga di dua kampung di Raub menjadi mangsa banjir pertama dipindahkan di negeri ini selepas kediaman mereka dinaiki air malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang Zainal Yusof berkata dua pusat pemindahan sementara yang dibuka ialah di Surau RRM Cheroh 3, yang mula dibuka kira-kira 9.30 malam tadi dengan menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga.

“Manakala Balairaya Kampung Ulu Sungai pula mula dibuka 11.30 malam bagi menempatkan 37 mangsa daripada 12 keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, hanya paras air Sungai Lipis di Batu Malim Raub yang menunjukkan bacaan paras bahaya 115.68 meter dan sedang dalam trend menaik, yang berisiko melimpah kawasan sekitar. – BERNAMA

Kategori