Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Warga Thai Dijel Simpan...

KUALA TERENGGANU - Dua beranak warga Thailand dihukum penjara empat tahun selepas mengaku...

PDRM Awasi 1,131 Individu...

SIBU - Polis mengawasi 1,131 individu di seluruh negara yang berpotensi mencetuskan kekecohan...

Anggota Palapes Wajar Sertai...

ARAU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah setiap anggota...

Penjawat Awam P.Pinang Dapat...

GEORGETOWN - Penjawat awam dalam perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang akan menerima bonus...

Mangsa Bah Kelantan Berkurangan Kepada 32 Orang

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 32 orang setakat 8 malam ini, berbanding 62 orang pada 4 petang tadi.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terbabit daripada lapan keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat.

Pegawai JKM Jajahan Tumpat, Mohd Joharye Shafie berkata mangsa terbabit adalah dari Kampung Kajang Sebidang, Kampung Jelujok dan Kampung Kubang Sawa.

Beliau berkata mereka tidak dapat pulang ke rumah masing-masing berikutan fenomena ‘banjir termenung’ iaitu air lambat surut berbanding kawasan lain.


Mohd Joharye berkata mangsa terbabit dijangka dapat pulang ke rumah mereka esok, sekiranya cuaca terus baik. – BERNAMA

Kategori