Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Bomba Nafi Keluar Kenyataan...

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Hamdan Wahid...

Petinju Kanada, Thailand Sertai...

KOTA BHARU - Petinju dari Kanada dan Thailand adalah antara 24 peserta bakal...

JAS Siasat Pencemaran Najis...

KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan melakukan siasatan segera mengenai pencemaran...

5,000 Warga 4 Kementerian...

PUTRAJAYA - Kira-kira 5,000 warga kerja empat kementerian bergabung menjayakan program Senaman Aerobik...

600 Sertai Larian, Kayuhan Hari Anti-Rasuah Antarabangsa

PUTRAJAYA – Seramai 600 peserta menyertai program Larian dan Kayuhan Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Presint 2 di sini hari ini.

Peserta program dilepaskan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa merupakan platform bagi mendekatkaan masyarakat dengan SPRM selaras dengan slogan ‘Mesra Rakyat Digeruni Perasuah’.

“SPRM berharap sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa menjadi wadah dan peluang kepada masyarakat untuk mengenali SPRM dengan lebih rapat serta mendapatkan penjelasan tentang isu rasuah,” kata kenyataan itu lagi.

Jelas SPRM, Hari Anti Rasuah Antarabangsa disambut pada 9 Dis setiap tahun selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan tarikh hari ini pada 2003. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori