Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rosmah Kemuka 127 Alasan...

Rosmah Mansor menyediakan sebanyak 127 alasan dalam rayuannya bagi mengetepi kan sabitan dan...

Baddrol Bakhtiar Tak Jadi...

KUALA LUMPUR - Pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar dan Muhd. Farhan Roslan tidak jadi...

Snek Bagi Yang Ingin...

Apabila masuk tahun baru, pasti ramai yang berazam untuk turunkan berat badan supaya...

Gaji Minimum Baharu Diumum...

PUTRAJAYA - Gaji minimum baharu bagi Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan akan...

8 Pelombong Maut Ditimbus Tanah Runtuh

JAKARTA – Sekurang-kurangnya lapan maut, manakala lapan lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh berhampiran gunung berapi Merapi di Pulau Jawa semalam.

Jurucakap agensi pengurusan bencana, Sutopo Purwo Nugroho, dalam satu kenyataan berkata, insiden berlaku ketika semua mangsa sedang menggali pasir dan batu di kawasan cerun sebelum tertimbus.

“Mungkin lebih ramai pelombong yang tertimbus dalam tanah runtuh itu, tetapi angkanya tidak diketahui kerana jumlah mereka yang berada di lokasi kejadian belum dapat disahkan,” katanya.

Sementara itu, pelbagai peralatan sudah dibawa ke lokasi insiden yang terletak kira-kira 50 kilometer di utara bandar Yogyakarta bagi membantu operasi mengesan mangsa.

Seperti kebanyakan kawasan di Indonesia, kurang atau tiada kawalan terhadap pelombongan tradisional yang menyebabkan pelombong terdedah kepada risiko bahaya.


Sutopo berkata, aktiviti perlombongan masih diteruskan di kawasan itu walaupun tanah runtuh pernah berlaku beberapa kali sebelum ini. – Reuters/myMetro Online

Kategori