Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

i-Citra Bantu Ahli Depani...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong inisiatif kerajaan untuk membantu...

Pelajar Keracunan Gara-Gara ‘Scrambled...

IPOH - Menu telur hancur (scrambled eggs) dikenal pasti sebagai punca awal kes...

2 Lelaki Ditahan, 223...

SANDAKAN - Polis Sandakan menahan dua lelaki warga asing dan merampas 223.6 gram...

Agihan Pendapatan ASB 5.25...

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional...

9 Kanak-Kanak Cina Sertai Majlis Berkhatan

WALAUPUN bukan satu kewajipan, namun kesedaran dari segi kesihatan mengenai kebaikan berkhatan dalam kalangan orang bukan Islam juga dilihat semakin tinggi.

Buat sembilan kanak-kanak berketurunan Tionghua di Tanah Merah, Kelantan ini, mereka memilih untuk turut serta bersama 80 rakan-rakan lain berkhatan dalam satu anjuran UMNO bahagian Tanah Merah, kelmarin.

Seorang daripada mereka Pah Jian Hua, 11, berkata ibunya melihat amalan berkhatan sebagai titik permulaan dalam menjaga aspek kebersihan tubuh badan dan gaya hidup kesihatan diri.

“Ibu ada beritahu berkhatan banyak manfaat sebelum kami melangkah ke alam dewasa dan antara lain menjamin kebersihan serta kurangkan risiko jangkitan penyakit kelamin,” katanya dipetik Berita Harian.

Sementara itu, rakannya Ang Yik Wei, 12, pula teruja sehingga tidak nyenyak tidur menunggu hari berkhatan.

Malah ketika majlis itu berlangsung, pelbagai gelagat rakannya dapat dilihat yang mana ada yang takut, cemas dan mengigil sejurus dibawa ke bilik berkhatan.

“Mujur ibu bapa ada menemani saya bagi meredakan debaran, sekali gus menyebabkan rasa gementar hilang,” katanya.


Yik turut memberitahu pengalaman berkhatannya tidak akan dilupakan sepanjang hayat dan lebih-lebih lagi dapat dikongsikan bersama keluarga serta rakan.

Kesemua kanak-kanak berusia berusia antara lingkungan 10 hingga 12 tahun itu turut dipakaikan kain pelikat sama seperti kanak-kanak Melayu yang lain.

Terdahulu kesemua mereka dimandikan beramai-ramai dengan pancutan air oleh pihak bomba dan diberi makan pulut semangat sebelum dikhatankan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori