Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

BN Kota Marudu Siap...

KOTA MARUDU - Barisan Nasional (BN) Kota Marudu telah menubuhkan jentera pilihan rayanya...

Mengapa Calonkan Punca Segala...

KUALA LUMPUR - Mengapalah mereka memilih punca segala masalah negara dulu sebagai pengganti....

Selangor Gerak Semua Bahagian...

SHAH ALAM - Semua bahagian UMNO Selangor akan digerakkan bagi memastikan Pas memenangi kerusi...

891,685 Murid Tahun 1,...

PUTRAJAYA - Seramai 891,685 murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu memulakan sesi persekolahan...

Adakah PKR Masih Ada Masa Depan? – PAS

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula menoleh kiri dan kanan, memerhatikan adakah masih ada lagi masa depannya?

Itu pandangan pemimpin PAS, Asri Ed-Diwanie berhubung kedudukan PKR yang menganggotai Pakatan Harapan ketika ini.

Menurut beliau, Parti Amanah Negara (PAN) pula sedang sibuk memukul dan mendustai `saudaranya’ selepas melakukan pengkhianatan kepada PAS.

“DAP menegah hak orang lain serta menyekatnya, dia menuduh sebarangan tanpa usul periksa maka hinalah dia dengan tindakannya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan dibarisi oleh DAP, PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Mahathir dipergunakan oleh Pakatan Harapan untuk menghasut orang Melayu supaya memberi undi kepada pembangkang.

Bekas Perdana Menteri itu malah dibawa menjelajah ke kampung-kampung dan Felda untuk berkempen bagi pihak pembangkang termasuk DAP. – MYNEWSHUB.CC

Kategori