SEJAK kebelakangan ini nama usahawan kosmetik, Safiey Ilias menjadi bualan hangat orang ramai apabila dia dilihat kembali berpenampilan seperti wanita.
Apa yang lebih mengejutkan, Safiey juga didakwa mahu menjalani pembedahan membesarkan payudara di Thailand berdasarkan salah satu posting Instagram miliknya, pada Jumaat lepas.
Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan rata-rata netizen menyelar tindakan usahawan berkenaan kerana ianya dianggap seolah-olah mempersendakan agama.
BACA :Ā Safiey Illias Kini Kembali Jadi āMak Nyahā?
Namun, Safiey dilihat tidak hanya berdiam diri sebaliknya bertindak membalas kritikan itu menerusi satu kenyataan di ruangan komen Instagram miliknya.
“Bukan padal mempersenda agama atau penunggang agama, adatlah iman naik dan turun. Daripada cakap yang buruk-buruk, baik cakap yang baik-baik dan doa yang baik-baik.
“Sebab itulah saya cakap masa saya jadi maknyah dulu, mana ada orang nak dekatĀ untuk berubah dan berhijrah…Semua bash.
“Bila kita hijrah, ramai pula kata ‘rakan’. Baru nak tumpang nama dan glamour. Kata saya sebab mereka berhijrah.
“Kadang-kadang jangan suka label orang macam-macam sebab kita tidak faham apa yang mereka lalui. Bila kita rasa diri kita lebih baik daripada orang, itulah sebenarnya kecelakaan besar dan bongkak dalam diri.
“Sebab iblis sendiri tidak mahu tunduk depan Nabi Adam sebab rasa diri lebih bagus. So, elakkan sesekali rasa diri kita lebih baik dan bagus daripada orang,” tulis Safiey.
Tidak hanya berhenti di situ, pemilik nama sebenar Saifuddin Illias.Ā turut sempat meninggalkan komen seakan-akan berbaur sindiran kepada para pengikutnya di laman berkenaan.
“Masa ini kita jumpa siapa kawan, siapa lawan. Siapa mengampu, siapa penjilat.Ā Paling sedih yang kita pernah bagi ilmu bisnes dan tolong pun cakap macam-macam dekat kita. Tapi tak apalah tu bukan dosa kot. Huhu,” sindir Safiey.
Bagaimanapun gara-gara ‘kelancangan’ kata-katanya itu, Safiey sekali lagi menerima kecaman hebat daripada netizen.
Di mana, rata-rata antara mereka tampil menasihati usahawan berkenaan supaya kembali ke pangkal jalan dan tetapkan hatiĀ untukĀ berubahĀ ke arah sesuatu yang lebih baik.
Terdahulu,Ā SafieyĀ pernah menjadi perhatian ramai apabila membuat keputusan untukĀ berubahĀ daripada seorang ‘mak nyah’ kepada lelaki sejati.
Ia termasuklahĀ membuang segala sifat keperempuanannya baik daripada segi zahir mahupun batin seperti melakukan pembedahan bagi membuang implan payudara selepas empat tahun ābanggaā mempunyai aset persis wanita tulen itu.
Perubahan ‘perempuan jadian’ itu dilihat telah mendapat liputan yang sangat meluas sehinggakan Safiey dijemput menjadi tetamu dalam pelbagai program televisyen,Ā termasuk saluranĀ televisyenĀ Islam,Ā TVĀ AlHijrah.Ā
Hmmm…Berubah itu memang bukan mudah. Lebih-lebih lagi berubah sikap dan perangai. Tapi untuk kes ini, Safiey sepatutnya memperkuatkan hati dan iman, Insha-Allah perubahan itu pasti berhasil.Ā Ā ā MYNEWSHUB.CC/AM