Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Permaisuri Agong Berangkat Ke...

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan berangkat...

Tumpu Projek Boleh Disiap...

KUCHING - Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tahun ini mengutamakan projek...

Kebebasan Media Aspek Utama...

KUALA LUMPUR - Kebebasan media adalah aspek utama pembaharuan yang akan dilakukan oleh...

Kerajaan Jangan Senyap Isu...

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia...

AirAsia Lancar Penerbangan Pertama KL-Davao

KUALA LUMPUR – AirAsia hari ini melancarkan penerbangan pertama Kuala Lumpur (KL) ke Davao (Filipina).

Dalam kenyataan, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata laluan baharu tersebut akan beroperasi dengan empat penerbangan seminggu pada Isnin, Selasa, Khamis dan Ahad.

“Satu acara diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 hari ini untuk meraikan penerbangan sulung, AK590, pada 10.25 pagi, dengan 100 peratus faktor muatan,” katanya.

AirAsia berkata laluan baharu itu menandakan laluan terus keempat dari Malaysia ke Filipina selepas Manila, Cebu dan Kalibo.

“Kami turut menghubungkan penumpang ke bandar lain di Filipina, iaitu Clark, Catician,Tacloban, Palawan dan Tagbilaran,” katanya. – BERNAMA

Kategori