Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Polis Bertindak Adil Isu...

KUALA LUMPUR - Polis akan bertindak adil dalam siasatan yang mengaitkan Timbalan Ketua...

Sultan Johor Kurnia Tanah...

PRIHATIN... Tidak sampai 24 jam tokoh hartanah bumiputera Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar...

Denda Kilang Ingkar Kembali...

KUALA LUMPUR - Hukuman denda bagi syarikat dan kilang yang melanggar prosedur operasi...

Kerajaan Perkenal Pakej Rahmah...

KUALA LUMPUR : Inisiatif Payung Rahmah yang bermula dengan menu makanan, bakul makanan,...

“Akak Tudung Pink, Tolong Pulang Telefon Bimbit Tu”

AKSI licik seorang wanita yang elok bertudung namun mencuri telefon bimbit di sebuah premis pusat beli belah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor kini tular menerusi media sosial.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang di IPC Shopping Centre, wanita berusia lewat 20-an itu dikatakan berpura-pura mahu membeli makanan sebelum bertindak mencuri telefon bimbit yang ditinggalkan di kaunter.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita terbabit pada mulanya dilihat sedang gigih mendukung seorang kanak-kanak kecil sambil ditemani oleh seorang lelaki yang dipercayai suaminya.

Wanita itu kemudian berpura-pura menggodek beg tangannya ketika konon hendak melakukan pembayaran.

Semasa memberikan wang kepada pekerja, wanita itu mengambil kesempatan dengan cara menutup sebahagian peranti itu menggunakan dompetnya, sebelum beredar meninggalkan kaunter tersebut bersama keluarganya.

Sumber yang mendakwa sebagai ibu saudara mangsa memberitahu suspek mencuri telefon bimbit anak saudaranya yang merupakan pekerja di premis Toys R Us.


“Telefon itu tidaklah terlalu mahal, tetapi apa yang dikesalkan adalah sikap akak tudung pink itu.

“Sesiapa yang mengenali wanita itu sila minta dia pulangkan kembali kepada anak saudara saya,” katanya menerusi laman Facebook.

Tindakan ibu muda itu ternyata mengundang kecaman netizen kerana tiada siapa dapat menyangka ibu yang membawa anak kecil tergamak melakukan perbuatan terkutut terbabit.

Rata-ratanya mengutuk tindakan wanita itu yang dilihat menjatuhkan maruah wanita Islam yang anggun dalam menggenakan hijab demi menutup aurat.

“Tudung dah cantik tapi perangai macam setan. Mati itu pasti, syurga dan neraka itu juga benar,” tulis seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC

Kategori