AKTRES dari China ini, Zheng Shuang, telah menjalani pembedahan plastik selepas ditinggalkan oleh teman lelakinya.
Perpisahannya dengan aktor Zhang Han itu mengakibatkan Zheng sangat kecewa lalu hingga dia menjauhkan diri daripada khalayak ramai.
Zheng kemudiannya memutuskan untuk melakukan pembedahan di kelopak mata.
Meskipun Zheng mempunyai kelopak mata, namun ia sangat halus.
Jadi, Zheng telah melakukannya untuk kali kedua. Sejak itu wajahnya telah berubah. Ia membuatkan ramai yang teruja dengan wajah barunya itu dan ia juga kelihatan lebih matang.
Zheng dikenali selepas muncul dalam drama TV Meteor Shower pada 2009 dan Boys Over Flower 2 pada 2010.
Selain berlakon, Zheng juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. – MYNEWSHUB.CC