Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes REE: Pegawai Kanan...

YAN: Seorang pegawai kanan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

Mukhriz Tak Ada ‘Locus...

KOTA BHARU - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tidak...

Nahas Lion Air Dedah...

JAKARTA – Landasan berbonggol, kesilapan kese­lamatan, landasan tanpa sistem navigasi di samping kekurangan...

Juruterbang Helikopter Asing Wajib...

KLANG - Kementerian Pengangkutan bakal menguatkuasakan peraturan di mana setiap juruterbang helikopter asing...

Aliff Syukri Penat Dituduh Ada Hubungan Dengan Sajat!

KERANA isu klip video yang dirakamkan di Sepanyol, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tak henti-henti dihentam oleh netizen.

Baca: Berkat Ambil Anak Angkat, Datin Shahida Kini Hamil!

Tak cukup dengan itu, ada juga netizen yang telah bertindak luar batasan dengan melontarkan fitnah keatasnya bahawa kononya usahawan yang kini sudah bergelar penyanyi itu mempunyai hubungan sulit dengan pengasas produk kosmetik Let’s Cantik, Nur Sajat.

“Tuduhan yang mendakwa saya ada hubungan dengan Sajat adalah satu perkara yang tidak berasas. Ada khabar nakal yang mendakwa saya sengaja tak mahu membawa Shahida ke Sepanyol.

“Isteri saya tidak mengikuti rombongan kami ke sana kerana dia sedang hamil tiga bulan. Dia tidak selesa untuk menaiki penerbangan selama 20 jam dan risau akan kesihatan dirinya,” katanya dipetik daripada Astro Gempak ketika majlis pelancaran single Abang Nak Tegur semalam.

Beberapa minggu yang lalu, Aliff dan Sajat telah terbang ke Sepanyol ditemani pembantu peribadi masing-masing bagi menjalankan penggambaran muzik video Abang Nak Tegur disana.

Selain itu, krew produksi yang turut terlibat sama ialah Edry Abdul Halim, Yusri KRU, Lisa Surihani dan beberapa lagi krew yang bertanggungjawab untuk merakamkan muzik video lagu berkenaan.

Sebelum ini, video nyanyian kedua-dua usahawan kosmetik itu telah dikritik hebat oleh netizen kerana menganggap nyanyian Nur Sajat sebagai perosak akibat suara ‘jantan’nya itu.

Akibat itu, video berkenaan telah mendapat banyak tanda dislikes berbanding tanda likes daripada penonton yang menonton video berkenaan di akaun YouTube KRU Music.


“Pada awalnya saya risau dan rasa sedikit tertekan, tetapi saya biarkan sahaja perasaan itu dan tidak mahu memikirkan mengenai tekanan.

“Ramai ‘dislike’ tetapi tontonan masih banyak. Pihak KRU juga melancarkan Abang Nak Tegur 2.0 yang menampilkan suara nyanyian isteri saya.

“Alhamdulillah, selepas enam hari dimuat naik, lagu itu mendapat lebih 2.7 juta tontonan di laman YouTube. Ia satu perkembangan positif,” tambahnya lagi.

Sudah-sudah lah tu wahai netizen sekalian. Doakan yang baik-baik sahaja mengenai karier mereka semua.

Biarlah kalau nak buat muzik video sampai ke hujung dunia sekalipun sebab bukan duit anda yang keluar tapi duit mereka. Jadi kalau rasa tak suka, tak payah tengok pasti hati pun tenang juga kan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori