Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Waris AR Tompel Tuntut...

KUALA LUMPUR: Waris kepada pelakon Allahyarham AR Tompel telah membuat tiga tuntutan dalam...

Mayat Mangsa Letupan Dibawa...

BUTTERWORTH - Jasad mendiang Chin Hsien Loong yang maut dalam tragedi letupan gas...

Kelantan Umum Bantuan Khas...

KOTA BHARU : Kelantan mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri bernilai RM1,000 kepada kakitangan...

Geng Samseng ‘Ungu’ Kawal...

BUKAN sahaja ingkar arahan dengan pihak polis, penganjur perhimpunan haram Bersih 5 turut...

Alvin Chong ‘Okey’ Digosip Dengan Aktres Gandingan

SEPERTI Keith Foo dan Adam Corrie, pelakon Alvin Chong kini semakin mendapat tempat di hati peminat drama Melayu tempatan.

Hasil lakonannya dalam drama Suri Hati Mr. Pilot dan Awak Suka Saya Tak? sekaligus melonjakkan namanya dalam industri lakonan tanah air.

Sebagai seorang anak seni, sudah pasti akan ada saja terpalit dengan berita-berita panas dan Alvin sudah dewasa benar untuk mengetahui bahawa dia harus bijak menghadapinya.

Jika sebelum ini Alvin pernah digosipkan dengan aktres Emma Maembong, kali ini dia digosipkan pula dengan Janna Nick.

“Saya tak kisah jika timbul gosip cinta macam itu dan okey sahaja.

“Sebelum ini pun saya pernah dikaitkan dengan beberapa orang aktres dan tak mustahil jika lepas ini kena gosip dengan Janna pula!” katanya dipetik mStar Online.

Gosip itu timbul apabila Alvin berduet dengan Janna menerusi lagi Aku Kamu yang juga merupakan runut bunyi untuk drama My Coffee Prince.

Pelakon 26 tahun ini mengakui Janna sememangnya wanita yang mudah diajak berbual dan senang berkawan dengannya.

“Sejujurnya saya selesa berkawan dengan Janna. Dia gadis yang baik, mesra dan sikap gila-gila dia buat saya senang.

“Lagi best dia pandai masak, kalau nak tahu masa penggambaran muzik video ini di Itali bulan lalu, dia yang masak untuk kami,” ujarnya.


Dalam pada itu, Alvin mengakui tahun 2017 banyak meninggalkan kenangan manis buat dirinya terutama dalam industri hiburan.

Mana tidaknya, nama Alvin mula dikenali sebagai watak pembantu dalam Suri Hati Mr. Pilot, tapi dengan mutu lakonan yang baik, Alvin diangkat untuk menerajui Awak Suka Saya Tak?

“Tahun ini banyak membawa rezeki kepada saya. Saya sangat bersyukur kerana banyak peluang dan pendedahan yang saya dapat.

“Penglibatan saya dalam drama bersiri Awak Suka Saya Tak? juga menjadi salah satu pemangkin yang membuatkan nama saya dikenali,” kata Alvin kepada Astro Gempak.

Sementara itu, Alvin menyatakan kesungguhannya untuk berusaha lebih lagi pada tahun hadapan susulan Anugerah Instafamous Fenomena yang baru diterimanya pada Anugerah Instafamous baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori