Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Covid-19: 1,844 Kes Baru,...

Sebanyak 1,844 kes baru Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kini adalah sebanyak...

VIDEO: Memang Salut Ah.....

Antara keunikan Malaysia adalah kepelbagaian loghat negeri di sini.Tak semua orang pandai mengajuk...

Wanita 100 Tahun Antara...

PUTRAJAYA - Wanita berusia 100 tahun antara tiga individu yang dilaporkan meninggal dunia...

80 Sekolah Tamil Akan...

SEREMBAN - Daripada 160 buah sekolah di seluruh negara yang mengalami masalah kekurangan...

AmanahRaya Tandatangani Ikrar Bebas Rasuah

KUALA LUMPUR – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memastikan perkhidmatan yang diberi bebas rasuah.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur Datuk Han Chee Rull berkata inisiatif proaktif AmanahRaya itu adalah untuk memelihara integriti dan menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa syarikat milik penuh kerajaan itu komited melaksanakan tugas dengan telus.

ā€œDalam memastikan AmanahRaya melaksanakan tugas dengan mantap, mereka boleh mengambil inisiatif seterusnya dengan mencapai piawaian ISO 37001 iaitu piawaian antarabangsa bagi sistem pengurusan pencegah rasuah,ā€ katanya ketika berucap pada majlis itu di sini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya Adenan Md Yusof berkata pihaknya berjanji akan memastikan kakitangan AmanahRaya bebas rasuah.

ā€œDengan adanya cadangan daripada SPRM, kita akan berusaha melaksanakan ISO berkenaan,” katanya.


Ditubuhkan pada 1921 dan sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka, AmanahRaya menawarkan khidmat merangkumi pentadbiran harta pusaka; penulisan, penyimpanan dan pelaksanaan wasiat serta perkhidmatan peramanahan. – BERNAMA

Kategori