Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Pengusiran Duta Korea Utara...

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia tidak akan terjejas susulan keputusan kerajaan mengisytiharkan Duta...

Murid Tahun Satu Patah...

HULU SELANGOR - Seorang murid Tahun Satu cedera selepas digilis pacuan empat ronda...

300 Peserta Diberi Kesedaran...

KUANTAN - Seramai 300 peserta yang terdiri daripada kalangan mahasiswa dan warga pendidik...

Pokemon Go Masih Belum...

WALAUPUN sebelum ini kedengaran ura-ura menyatakan permainan yang menjadi kegilaan ramai, Pokemon Go...

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Sehingga Isnin

KUALA LUMPUR – Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang sehingga Isnin, 11 Disember.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sementara itu, amaran angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Labuan dan Palawan sehingga Isnin depan.

Situasi sama turut dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman) dan Labuan pada tempoh sama.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut. – BERNAMA

Kategori