Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

J/kuasa Perundingan Perinci Laporan...

PUTRAJAYA - Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru menubuhkan jawatankuasa perundingan...

T’ganu Bakal Buka Hab...

KUALA TERENGGANU - Terengganu akan menjadi negeri pertama di negara ini yang akan...

Real Madrid Mahu Jurgen...

REAL Madrid menjadikan Pengurus Liverpool Jurgen Klopp sebagai calon pilihan utama untuk menggantikan...

Hanya Belanja RM5,000 Kembara...

KUALA LUMPUR - Bekas jurutera kimia Maslinda Supandi hanya belanja RM5,000 semasa mengembara...

Anggota Parlimen Jelebu Meninggal Dunia

SEREMBAN – Anggota Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail, 57, meninggal dunia di kediamannya di Villa Puteri Condo di Kuala Lumpur, pada pukul 7.30 malam Rabu.

Perkara itu disahkan Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias.

“Arwah meninggal dunia akibat sakitnya sebelum ini iaitu ketumbuhan dalam kepalanya yang sebelum ini telah pun dibuang pada tahun lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Jalaluddin, yang dalam perjalanan ke kediaman arwah, berkata Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Zainudin pada 13 Mei tahun lepas telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dalam kepalanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Beliau sebelum itu dihantar ke Hospital Jelebu apabila tidak sedarkan diri, jam 12 tengah hari, hari yang sama.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Zainudin menang dengan majoriti 7,101 undi menewaskan Raj MunniI Sabu daripada PAS. – BERNAMA

Kategori