Sunday, July 7, 2024

Creating liberating content

8 Tahun Tak Boleh...

Setelah lapan tahun hidup dalam keadaan mulut tidak boleh dibuka, akhirnya, seorang remaja...

Batalkan Aktiviti Luar Jika...

KUALA LUMPUR - Atlet negara yang melakukan aktiviti di kawasan luar kecuali sukan...

Sah Agong Tolak Pengampunan...

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ketua Pembangkang,...

Tiga Ditahan, Rogol Remaja...

Petaling Jaya : Remaja 15 tahun antara tiga lelaki ditahan kelmarin, disyaki terbabit...

ANGKASA Tumpu Kedah, Perlis & Perak Utara Bangunkan Ladang Solar

PENDANG – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan menjadikan Kedah dan Perlis serta Perak Utara sebagai fokus untuk memperkenalkan projek ladang solar yang mampu memberi manfaat jangka panjang kepada banyak pihak.

Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata pemilihan kawasan berkenaan berikutan tahap penerimaan cahaya yang sangat sesuai bagi kegunaan panel solar.

“Ketiga-tiga negeri ini mempunyai cuaca panas dalam tempoh yang agak panjang setiap tahun, jadi ini amat membantu projek ini yang sememangnya bergantung penuh terhadap jumlah cahaya dan haba yang tinggi,” katanya selepas majlis pelancaran ladang Solar ANGKASA di Sungai Tiang, di sini, hari ini.

Ladang solar berkenaan menghasilkan elektrik sehingga 1,000 kilowatt (kW) dalam aktiviti pembangunan pertanian dengan projek perintis dibina di Sungai Tiang, Pendang.

Projek yang mula dibangunkan pada Oktober tahun lepas melibatkan kos RM9.78 juta, mampu memberi pulangan lebih RM90,000 sebulan dan berupaya membekalkan tenaga elektrik kepada 12,000 penduduk sekitar.


“Ia dibina menerusi kontrak jualan selama 21 tahun kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pemegang lesen pengagihan.

Panel tenaga solar mampu menjana pengeluaran elektrik sehingga 3,000 kilowatt (Kw) sehari dan nilai jualan sebanyak RM0.97 sen perKw,” kata Abdul Fattah.

Projek penjanaan elektrik tersebut katanya, dipasang tiga meter tinggi dan di bawahnya boleh ditanam dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan sekaligus boleh membantu penduduk setempat memperoleh pendapatan sampingan. -BERNAMA

Kategori