Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ikan Temenung Semurah 5...

SUNGAI PETANI - Kedai ikan berhadapan Masjid Al-Majidi (Masjid Kuning) Sungai Layar dekat...

Jakim Akan Keluar Senarai...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengeluarkan senarai pengimport daging...

Ku Li Letak Jawatan...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan jawatan sebagai...

Kantoi Dyana ‘Melalut Ke...

SYABAS Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar menampilkan kematangan berhujah secara live ketika sesi...

‘OffPAC’ Mudahkan Pengunjung Perpustakaan

IPOH – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencipta aplikasi ‘Offline Public Access Catalogue’ (OffPAC) bagi memberi mutu perkhidmatan terbaik kepada pengunjung perpustakaan.

Pegawai Teknologi Maklumat UPSI Khairul Asyrani Sulaiman berkata aplikasi mudah alih untuk Android dan iOS itu adalah hasil inovasi daripada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB).

Beliau berkata OffPAC dicipta untuk mengakses katalog awam PTB dan boleh digunakan walaupun tanpa akses internet.

‎”Menerusi aplikasi itu, pengguna boleh membuat penanda terhadap hasil carian dan terus mengesan lokasi bahan carian selain membuat tempahan bagi bahan berstatus ‘circulated’,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata aplikasi itu turut dilengkapi dengan pengimbas kod bar yang boleh digunakan untuk mengimbas Nombor Buku Piawai Antarabangsa (ISBN) pada belakang buku.


Aplikasi OffPAC pernah memenangi dua pingat emas di Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2017 dan Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2017. – BERNAMA

Kategori