Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Skuad B-15 Malaysia Bermula...

KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 15 (B-15) negara memulakan kempen dengan langkah kanan...

Jualan Jimat Belanja Aidilfitri...

PORT DICKSON - Program jualan khas seperti Jualan Jimat Belanja Aidilfitri (JJBA) di...

PAS Bantu Kempen MCA...

BANTU... Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan buat penampilan dalam majlis MCA untuk...

Ulat Tiket Hanoi Lagi...

GEJALA ulat tiket di Hanoi nampaknya lebih teruk berbanding di Malaysia. Mereka ibarat lintah...

APM Agih Bantuan Kepada 83 Keluarga Mangsa Banjir

SUNGAI PETANI – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda hari ini mengagihkan bantuan pasca banjir kepada 332 mangsa daripada 83 keluarga di Kampung Min Terk dekat sini.

Pegawai APM Daerah Kuala Muda Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata antara bantuan yang diagihkan itu termasuk dapur gas, penyembur anti karat dan almari plastik lima tingkat.

“Dapur gas disumbangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Syarikat Bun Seng Hardware Sdn Bhd pula menyumbangkan penyembur anti karat manakala almari plastik tersebut disumbangkan oleh Pertubuhan Kesenian Kehidupan Utara (The Art of Living).

“Kita mengagihkan bantuan pasca banjir kepada mereka dengan harapan dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung keluarga tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan itu yang turut dihadiri wakil Pegawai Daerah Kuala Muda Abdul Jalil Hashim dan Pengerusi Pertubuhan Kesenian Kehidupan Utara T. P Shanker Ganesan.

Dalam pada itu, seorang daripada penerima bantuan, T. Subramaniam, 58, berkata dia menetap di kampung itu sejak lebih 10 tahun lalu namun kejadian banjir itu yang paling teruk dialaminya.

​​​​​​​”Tahun ini sahaja, sudah dua kali banjir, tetapi kali ini paling teruk, kali pertama (tidak ingat bulan berapa), rugi kira-kira RM2,000 dan bulan lepas rugi hampir RM5,000, semua barang elektrik dan perabot rosak akibat air banjir,” katanya.


Sementara itu, Tan Ah Kooi, 80, pula melahirkan perasaan gembira dengan keprihatinan pelbagai pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya dan suami bagi meringankan beban keluarganya itu yang kerugian hampir RM4,000 akibat banjir.

Tan, yang sudah 48 tahun menetap di kampung itu, berkata kedudukan lebih rendah dari kawasan sekeliling menyebabkan kampung itu sering dilanda banjir terutamanya apabila hujan lebat.

“Sedar-sedar, air banjir sudah masuk ke dalam rumah, sekejap sahaja sudah tinggi sampai paras pinggang, memang tidak sempat nak selamatkan apa-apa, saya dan suami terus keluar sehelai sepinggang ke rumah anak yang terletak tidak jauh dari sini,” katanya. – BERNAMA

Kategori