Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Penerbangan Di Changi Terganggu...

SINGAPURA - Kira-kira 15 jadual perlepasan dan tiga ketibaan, dilewatkan dan tujuh lagi...

Pembayar Cukai Wira Negara

Pembayar cukai wira negara slogan yang sering diungkapkan, tetapi adakah kita sebagai rakyat...

8 Cedera Kena Tembakan...

MARSEILLE - Sekurang-kurangnya lapan orang cedera terkena tembakan di depan sebuah masjid di...

Najib Tiba Di Da...

DA NANG (Vietnam) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di...

APM Johor Terima 5 Aset Baharu

ISKANDAR PUTERI – Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor hari ini menerima lima aset baharu daripada kerajaan pusat bagi memantapkan operasi menyelamat dan menghadapi bencana di negeri ini.

Pengarah APM Johor Kol (PA) Mat Zin Bujang berkata keseluruhan aset yang diterima menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) itu bernilai RM2.7 juta melibatkan tiga lori MAN lima tan, sebuah bot Amfibia Sealegs dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.

“Penambahan aset itu akan meningkatkan lagi gerak kerja APM dengan lebih berkesan terutama di kawasan berisiko bencana,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan aset berkenaan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Johor Datuk Azmi Rohani.

Mat Zin berkata kesemua aset itu akan diserahkan kepada daerah Batu Pahat, Segamat dan Johor Bahru sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut yang sedang melanda negara.

Beliau berkata penerimaan aset baharu tersebut menjadikan jumlah keseluruhan aset milik APM Johor kini sebanyak 75 merangkumi lori, bot, ambulan serta kenderaan pancuan empat roda.


Dalam pada itu, Mat Zin berkata kira-kira 500 anggotanya kini bersiap siaga di seluruh negeri bagi menghadapi banjir khususnya di Segamat.

“Pada awal tahun ini, Segamat mencatatkan jumlah pusat pemindahan paling tinggi, jadi sekarang kita sudah berada dalam keadaan sedia. APM juga mengingatkan orang awam supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan menghubungi talian kecemasan sekiranya berlaku sebarang bencana khususnya di kawasan berisiko,” katanya. – BERNAMA

Kategori