Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rombakan Kecil Kabinet Jejas...

KUALA LUMPUR - Terdapat spekulasi perubahan Kabinet hari ini dan antara yang dijangka...

Anggota ATM Di Zon...

KUALA LUMPUR - Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di kawasan operasi...

RM13.07 Juta Biaya Pendidikan...

PUTRAJAYA : Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)...

14 Syarikat Dibatal Lesen...

KUALA LUMPUR ā€“ Sebanyak 14 syarikat pelancongan dan pengendali umrah serta ziarah dibatalkan...

APM Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir Di Miri

MIRI – Angkatan Pertahanan Awam (APM) sudah bersiap-sedia menghadapi situasi cuaca buruk yang diramal melanda bandaraya Miri pada Sabtu dan Ahad ini.

Pegawai APM Daerah Miri Kapten Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata selain APM pelbagai agensi serta jabatan kerajaan di sini turut bersiap sedia jika ada mangsa-mangsa memerlukan bantuan segera.

ā€œUntuk pusat pemindahan mangsa banjir di Miri sebanyak 117 buah pusat pemindahan telah dikenalpasti namun setakat ini belum ada yang dibuka,ā€ katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurusan bencana Miri dipengerusikan oleh Residen Bahagian Miri Sherrina Hussaini di sini petang ini.

Dalam perkara berkaitan Sherrina berkata, Bilik Operasi Bencana Bahagian Miri telah diaktif untuk menghadapi kemungkinan cuaca buruk seperti diramalkan oleh Jabatan Meteorologi.

ā€œSaya juga meminta orang awam jangan cepat membuat andaian apabila gambar berkaitan dengan banjir tular di media sosial dan mendapatkan maklumat sahih,ā€ katanya.

Dengan memberi contoh kejadian berlaku di perkampungan nelayan Kampung Batu 1 di Kuala Baram semalam, Sherrina berkata, gambar perahu nelayan tersadai ditepi jalan Kuala Baram telah memberi persepsi negatif kerana ia seolah menggambarkan kesemua bandaraya Miri dilanda bencana.


ā€œIa bukan bencana kerana kejadian berlaku semalam di satu kawasan terpencil sahaja, berpunca air pasang besar dan hujan lebat, nelayan memang meletakkan perahu di tepi jalan untuk mengelakkan perahu hanyut ke tempat lain,ā€ katanya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan petang ini berkata, Jabatan Meteorologi meramalkan hujan lebat dan angin kencang di Miri dan Limbang pada 23 dan 24 Dis ini.

Bilik Gerakan Negeri boleh dihubungi di talian 082-443991/446991, nombor faks 082-442730 dan emel [email protected] untuk mendapatkan atau memberi sebarang maklumat berkaitan banjir. – BERNAMA

Kategori