Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Polis Rampas Dadah RM...

KULIM - Polis merampas dadah jenis heroin seberat 3.6 kilogram bernilai RM64,000 dan...

Anggota UMNO Perlu Terus...

KUALA LUMPUR - Anggota UMNO perlu terus memberi sokongan dan menghormati pucuk pimpinan...

PBB Gesa Suu Kyi...

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa pemimpin Myanmar, Aung San Suu...

UMNO Sabah Berakhir Jika...

KOTA KINABALU - Pemimpin-pemimpin UMNO Sabah bersedia untuk keluar parti jika kuasa autonomi...

Baby Boy Untuk Jihan Muse Dan Ungku Hariz

HANYA beberapa minggu sahaja lagi pengacara dan pelawak Jihan Muse dan suami, Ungku Hariz bakal menimang cahaya mata sulung mereka.

Sejak membuat pengumuman mengenai kandungannya, eksklusif di program Meletop Ogos lalu, Jihan belum pernah lagi berkongsi tentang jantina anaknya itu.

Baca: Jihan Muse Umum Sedang Hamil Empat Bulan

Namun, petang tadi, Konsultan Perbidanan dan Sakit Puan (O&G), Dr. Norleen Mohd Salleh menerusi aplikasi Facetime bersama pasangan itu telah mengumumkan jantina anak mereka.

“Tiga hari lalu saya dah lihat gambar imbasan yang menampakkan seperti turtle.

“Alhamdulillah, secara rasmi Jihan dan Ungku bakal menimang bayi lelaki,” kata Norleen dipetik mStar Online.

Menurut pengacara program Gegar Vaganza 4 itu lagi, dia lebih sukakan kejutan dan pada awalnya tidak mahu mengetahui jantina bayi yang sinonim dengan gelaran ‘Baby Ninja’ itu.

Namun, akuinya, dia perlu membatalkan niat tersebut memandangkan usia kandungannya yang kini sudah memasuki 33 minggu itu bagi memudahkan urusan untuk membuat persiapan.

“Pada awalnya saya tak nak tahu apa jantina bayi kami sebab tak nak kecewa. Bila dah tahu lelaki kang tiba-tiba keluar perempuan.

“Lagipun, saya suka kejutan. Tapi bila nak buat persiapan dan beli barang, hujung-hujung ni kenalah tahu juga,” ujarnya.


Ratu Parodi itu dijangkakan akan bersalin pada Januari tahun depan, tapi pelawak 34 tahun ini tidak menolak jangkaan bayinya akan menjengah dunia lebih awal.

“Insya-Allah saya dijangka bersalin pada awal Januari tapi takut bersalin awal pula. Sebab perut saya sudah besar,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, satu program mengenai kehidupan harian Jihan dan Hariz sejak usia kandungan Jihan memasuki 31 minggu sehingga selepas bersalin turut disiarkan di saluran Astro Ria bermula semalam.

Program yang bertajuk Hi Mommy Jihan itu merupakan sebuah video blog (vlog) yang dibuat dan dirakam sendiri oleh Jihan bersama suaminya tanpa skrip.

Program itu juga dimuat naik di laman YouTube Meletop pada setiap hari Khamis dan Jumaat bermula 7 Disember lalu.

Diharapkan Jihan dan baby dalam kandungannya sentiasa berada dalam keadaan baik dan dipermudahkan urusan sepanjang kehamilan dan proses kelahiran. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori