Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kemaman Semakin Pulih, Hanya...

KUALA TERENGGANU - Situasi banjir di Kemaman semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir...

Ekonomi Malaysia Dijangka Pulih...

PADANG BESAR - Ekonomi negara yang sedang mengalami pengucupan akibat penularan wabak COVID-19...

Turki Airlines Sambut Bayi...

KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan dilahirkan dalam pesawat TK538 Turki Airlines yang...

UniMAP Berhasrat Wujud Kampus...

BAKU (Azerbaijan) - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berhasrat menjadikan kampusnya sebagai kampus lestari...

Baitulmaqdis: Hafiz Hamidun Titik Berat Soal Fakta

PADA saat komuniti dunia luah protes secara terang-terangan isu pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat (AS), lain pula pendekatan Hafiz Hamidun.

Menurut pelantun suara bagi lagu Jodoh Berdua ini, dia sangat berhati-hati dalam melontarkan kata-kata mengenai isu ini kerana baginya mengetahui fakta yang betul adalah sangat penting.

“Ramai yang bertanya kepada saya, kenapa tak tweet dan tidak letak dalam Instagram berhubung isu itu? Bagi saya, perkara sebegini memerlukan kita mengetahui faktanya.

“Apa saja yang kita kongsi sekalipun, pada penghujungnya, kita memang perlu mempertahankan Baitulmaqdis sebagai kota suci. Ini bukan saja terhadap umat Islam.

“Sebaliknya penganut Kristian dan orang Yahudi pun turut sama mengaku bahawa Baitulmaqdis sebagai bandar suci menurut agama mereka,” katanya dipetik BH Online.

Mungkin kerana Hafiz sering dilihat terlibat dengan misi kemanusiaan terutama sekali dalam bantu umat Islam, netizen mengandaikan penyanyi ini akan membuat protes secara terang-terangan seperti kebanyakan artis lain.

Baca: Selebriti Malaysia Pertahan Kesucian Baitulmaqdis

Juga: Model AS, Bella Hadid Kecewa Keputusan Trump

Lagi: Lebih Ramai Artis Protes Isu Baitulmaqdis Di Medsos

Namun, Hafiz menjelaskan dia menitikberatkan penggunaan bahasa dan menjaga sensitiviti semua pihak terutama sekali rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan berbeza agama.

“Kita perlu ingat, di negara ini ada pelbagai bangsa dan agama, bukan saja orang Islam. Jadi, sebelum membuat sesuatu kenyataan, penggunaan bahasa kita harus diperhati.

“Ini bagi menjaga sensitiviti. Kita boleh mempertahankan ideologi, pandangan ataupun nak boikot sekalipun, tetapi penggunaan bahasa itu sendiri perlu menunjukkan pendirian kita,” jelasnya.


Dalam pada itu, penyanyi berusia 33 tahun tersebut menyatakan dia akan berkongsikan pandangan dan pendiriannya mengenai isu ini pada masa yang sesuai.

Hafiz turut berpesan supaya menjaga bahasa yang digunakan dalam melontarkan kata-kata supaya tidak disalahtafsirkan menjadi fitnah dan salah faham.

“Walaupun saya tidak menulis atau muat naik sesuatu di laman sosial sebagai tanda bantahan, tak semestinya saya tidak menyokong atau membantah.

“Yang lantang bersuara juga bukan bermakna mereka tahu semua perkara, manakala yang berdiam diri itu pula tidak bererti bodoh.

“Cuma, jangan sampai bahasa yang kita keluarkan itu adalah salah, sehingga menjadi fitnah dan berlaku kesilapan fakta pula,” katanya lagi.

Hafiz turut berpendapat yang kenyataan yang dikeluarkan Presiden AS, Donald Trump itu bukanlah sebagai pengakhiran kerana 220 negara lain di dunia akan terus membantah pengiktirafan tersebut.

Sementara itu, penyanyi ini mengingatkan supaya tidak melibatkan emosi dalam membantah isu ini dan bijak menggunakan saluran yang ada dalam memperlihatkan solidariti Islam. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori