Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Ditipu RM4,950 Oleh...

MIRI - Seorang wanita di sini kerugian RM4,950 pada Isnin lepas apabila ditipu...

Lebih 300 Juta Naik...

ROMPIN - Kerajaan telah meluluskan peruntukan lebih RM300 juta bagi projek menaik taraf fasa...

RM276 Juta Bina 7...

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM276 juta bagi pembinaan tujuh fasiliti sukan di...

Polis Siasat Pemalsuan Dokumen...

JOHOR BAHRU - Polis Johor melakukan siasatan berhubung kes pemalsuan dokumen surat aku...

Baitulmaqdis: Indonesia Panggil Duta Besar AS

BANTEN (Indonesia) – Menteri Luar Negeri Indonesia, Retno Marsudi sekali lagi memanggil Duta Besar Amerika Syarikat (AS), Joseph Donovan, untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Agensi berita Antara melaporkan, jurucakap Kementerian Luar, Arrmanatha Nasir berkata, Duta Besar Donovan dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai laporan diterbitkan di laman web kedutaan itu, yang mengatakan AS telah berunding dengan pelbagai pihak, termasuk Indonesia, sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pengiktirafan tersebut.

Retno di luar Forum Demokrasi Bali (BDF) ke-10 berkata, tiada sebarang rundingan antara Indonesia dan AS mengenai perkara itu.

“Saya ingin tegaskan bahawa rundingan itu tidak pernah diadakan. Apa yang berlaku ialah Indonesia memanggil Duta Besar untuk menyampaikan pendirian kami untuk disampaikan kepada kerajaannya,” katanya.


Pendirian teguh Indonesia, ialah membantah dan mengutuk tindakan AS memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, secara tidak langsung mengiktiraf bandar suci itu sebagai ibu negara Israel.

Indonesia menegaskan tindakan sedemikian melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu dan akan menjejaskan proses damai Palestin-Israel. – BERNAMA

Kategori