Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Anak Jurugambar NSTP P.Pinang...

GEORGE TOWN - Anak kepada jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd....

Tiada Keperluan Bubar DUN...

KUALA TERENGGANU : Tiada keperluan untuk Terengganu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi...

Lelaki Dedah Isteri Curang...

KISAH keretakan rumah tangga bukan lagi menjadi suatu isu yang 'asing' di zaman...

Kanak-Kanak Maut Terkena Dahan...

ALOR GAJAH - Seorang kanak-kanak maut akibat terkena dahan pokok ru yang patah...

Baitulmaqdis: KJ Ketuai Demo Depan Kedutaan AS

BERSATU… Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengetuai ratusan peserta mengadakan tunjuk perasaan secara aman di pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara.

Demonstrasi berkenaan yang turut disertai pelbagai badan bukan kerajaan tempatan diadakan selepas peserta menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Tabung Haji berdekatan dengan canseri diplomatik kuasa besar dunia itu.

Ia sebagai bantahan terhadap keputusan Presiden AS, Donald Trump di White House, Washington DC pada Rabu lalu bertegas mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu Israel selepas tertangguh lebih 20 tahun.

Langkah tersebut juga menyaksikan pejabat perwakilan AS turut dipindahkan dari Tel Aviv ke bandar purba itu yang terbahagi dua dengan bahagian barat dikuasai pendatang haram Yahudi manakala timur masih kekal milik Palestin.

Para peserta turut membawa sepanduk dan melaungkan kata-kata mengutuk keras tindakan Trump itu yang jelas biadab menghina umat Islam seluruh dunia apabila menyerahkan bandar suci ketiga Muslim kepada rejim Zionis.


Khairy, 41, yang juga Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional serta merupakan Menteri Belia dan Sukan kemudian menyerahkan memorandum bantahan keras rakyat Malaysia kepada wakil Kedutaan AS di negara ini.

Sebelum itu, mereka mengaminkan doa yang dibaca memohon agar Baitulmaqdis tetap dipertahankan daripada jatuh ke tangan pihak Israel selain ada peserta yang membakar boneka Trump sebagai tanda kemarahan mereka.

Wakil kumpulan Hamas dan Fattah dari Palestin yang kebetulan ada di Malaysia mengikuti Perhimpunan Agung UMNO turut bersama menyertai himpunan berkenaan dan menyampaikan ucapan mengecam tindakan AS itu.

Tidak ketinggalan ialah sekumpulan anggota Pemuda PAS setelah mendapat kebenaran presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sementara keadaan trafik di sekitar kedutaan agak terkawal dengan kehadiran pihak polis.

Protes sama juga ada di beberapa negara Islam lain lepas solat Jumaat tetapi setakat ini Pakatan Harapan didalangi DAP dan pernah mahu buka Kedutaan Israel di Malaysia masih ‘bisu’ terhadap isu ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori