Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Covid-19: Kluster Meninggal Di...

KLUSTER baharu Covid-19 dikesan di sebuah rumah di Sabah membabitkan satu kematian dan...

Isu Banglo: SPRM Sah...

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan Ketua Menteri Pulau...

Polis Ambil Keterangan Takiyuddin

KOTA BHARU - Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan hadir di Ibu Pejabat...

Usah Leka Gula-gula DAP...

AWAL Jun lepas, umat Islam di seluruh Malaysia gempar dengan pengumuman DAP mahu...

Bangkai Kapal Selam Perang Australia Dijumpai

SYDNEY – Bangkai kapal selam pertama Australia, yang hilang 103 tahun lepas semasa melakukan rondaan berhampiran Papua New Guinea, telah ditemui di kawasan perairan berdekatan, kata Menteri Pertahanan Marise Payne kepada pemberita di sini pada Khamis.

Kapal Selam HMAS AE1, yang digunakan dalam Perang Dunia Pertama, hilang pada 14 Sept 1914 bersama-sama 35 anak kapal.

Ia akhirnya dikesan pada kedalaman 300 meter berhampiran Kepulauan Duke of York dalam percubaan kali ke-13 yang bermula seminggu lepas.

Payne berkata “misteri kehilangan kapal selam tertua Australia itu” telahpun berjaya diselesaikan.

“Kehilangan AE1 pada 1914 adalah satu tragedi,” kata Payne.

“Ia merupakan kehilangan pertama bagi Tentera Laut Diraja Australia dan kapal selam sekutu pertama dalam Perang Dunia Pertama. Kapal tersebut dan krunya, yang telah melakukan rondaan abadi sejak 1914 … kini telah ditemui.


“Usaha sedang dilakukan untuk menghubungi waris anak kapal bagi “memperingati serta menghargai perkhidmatan dan pengorbanan mereka,” katanya.

Panglima Tentera Laut Australia Tim Barrett berkata ia adalah hari yang penting bagi negara namun ia juga merupakan satu “saat yang pahit dan manis.”

“Ia manis berikutan fakta kita telah menyelesaikan misteri yang menyelubungi kehilangannya selama 103 tahun. Ia pahit kerana tujuan pencarian ini adalah untuk mencari anak kapal AE1 dan kini kita telahpun berbuat demikian… mereka ini telah banyak berkorban…demi negara mereka.” – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Kapal

Kategori