Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kluster Taman Bahagia Berkaitan...

KUALA LUMPUR - Satu kluster baharu jangkitan Covid-19 dikesan di Temerloh, Pahang, membabitkan...

148 Rumah Rosak Dalam...

SUNGAI PETANI : Sebanyak 148 buah rumah dan premis mengalami kerosakan dalam kejadian...

Valencia Terbuka Sertai Seteru...

ANTONIO Valencia tetap mahu kekal beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris meskipun jika...

Tajaan Pelajar MARA Kekal...

SEPANG - Tajaan pelajar Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk melanjutkan pengajian ke luar...

Banjir Terengganu Hampir Pulih, 172 Mangsa Di 2 PPS

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu hanya berbaki 172 orang daripada 46 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 236 orang daripada 60 keluarga pada 8 malam tadi.

Mengikut laporan portal Info Banjir, hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi iaitu di Kuala Nerus dan Marang.

Jumlah mangsa terus menurun kepada 150 orang (38 keluarga) di Kuala Nerus berbanding 214 orang (52 keluarga) yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak malam tadi.

Di Marang pula, jumlah mangsa banjir kekal 22 orang (lapan keluarga) masih berada di SK Pasir Putih. – BERNAMA

Kategori